Sunday, November 21, 2010

Falsafah Korban - Refer Surah Al-Hajj

Daging Korban dibahagi kpd 3 pembahagian, buka surah al hajj (ayat 30...lupa dah) yang bermaksud: bagi orang yang berkorban, pesan Allah, makanlah oleh kamu, berilah orang yang meminta2 (fakir/miskin) dan orang yang tidak meminta2 (jiran/saudara mara/ahli keluarga/) - contoh:-

kira mudahlah - yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah daging sahaja (bukan tulang, perut, kepala dll), jadi jika lembu dah keluarkan dagingnya ada 60kg, 20kg beri kepada fakir miskin, 20 kg beri kepada orang yang tidak meminta2, dan 20 kg milik tuan yg buat korban. Inilah yang paling minimum pembahagiannya.

sebaiknya,org yg berkorban ambik sikit, aja yang lain beri kpd fakir miskin dan orang yang tidak meminta2.(tukang agih/tukang lapah/tukang pegang kaki lembu) dll dikira sebagai orang yg berhak terima - golongan yg tak meminta2 tetapi jika dia mampu membeli, dia adalah orang yg terakhir terima selepas semua keperluan fakir miskin dipenuhi.

maksud korban bukan semata2 orang yang berkorban lembu tu..

pengertian korban dengan lebih luas lagi ialah:-

first orang yg buat korban

kedua orang yang menolong (tetapi tak buat korban) kena sanggup menerima keadaan bahawa ada kalanya dia sendiri tidak dapat daging...dia kena datang tolong atas dasar ingin korban tenaga, masa dan lain-lain

tapi biasanya...budaya kita, ialah bila yang menolong tu (biasanya orang yg berkemampuan)bila dia tak dapat daging, dia balik dng muka masam - jadi falsafah korban itu tidak sampai kepada dia.

tapi sebaiknya berilah orang yang tolong tu sebungkus. jadilah

So, kalian, kalaulah tidak berkorban lembu/kambing sekali pun, korbankanlah masa,tenaga bersama-sama mereka2 yg berkorban haiwan tersebut. Bila tak dapat daging korban, redhalah, sesungguhnya bukanlah rezeki kita gamaknya......

fikir2kan

No comments: