Sunday, November 21, 2010

Falsafah Korban - Refer Surah Al-Hajj

Daging Korban dibahagi kpd 3 pembahagian, buka surah al hajj (ayat 30...lupa dah) yang bermaksud: bagi orang yang berkorban, pesan Allah, makanlah oleh kamu, berilah orang yang meminta2 (fakir/miskin) dan orang yang tidak meminta2 (jiran/saudara mara/ahli keluarga/) - contoh:-

kira mudahlah - yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah daging sahaja (bukan tulang, perut, kepala dll), jadi jika lembu dah keluarkan dagingnya ada 60kg, 20kg beri kepada fakir miskin, 20 kg beri kepada orang yang tidak meminta2, dan 20 kg milik tuan yg buat korban. Inilah yang paling minimum pembahagiannya.

sebaiknya,org yg berkorban ambik sikit, aja yang lain beri kpd fakir miskin dan orang yang tidak meminta2.(tukang agih/tukang lapah/tukang pegang kaki lembu) dll dikira sebagai orang yg berhak terima - golongan yg tak meminta2 tetapi jika dia mampu membeli, dia adalah orang yg terakhir terima selepas semua keperluan fakir miskin dipenuhi.

maksud korban bukan semata2 orang yang berkorban lembu tu..

pengertian korban dengan lebih luas lagi ialah:-

first orang yg buat korban

kedua orang yang menolong (tetapi tak buat korban) kena sanggup menerima keadaan bahawa ada kalanya dia sendiri tidak dapat daging...dia kena datang tolong atas dasar ingin korban tenaga, masa dan lain-lain

tapi biasanya...budaya kita, ialah bila yang menolong tu (biasanya orang yg berkemampuan)bila dia tak dapat daging, dia balik dng muka masam - jadi falsafah korban itu tidak sampai kepada dia.

tapi sebaiknya berilah orang yang tolong tu sebungkus. jadilah

So, kalian, kalaulah tidak berkorban lembu/kambing sekali pun, korbankanlah masa,tenaga bersama-sama mereka2 yg berkorban haiwan tersebut. Bila tak dapat daging korban, redhalah, sesungguhnya bukanlah rezeki kita gamaknya......

fikir2kan

Thursday, November 18, 2010

Apa peranan bunga telur dalam perkahwinan melayu

Jika dipandang sekilas lalu, apalah pentingnya sebutir telur dalam majlis perkahwinan orang melayu. Jika dulu bunga telur itu dijadikan hiasan pelamin.

Walaupun kini bunga telur tidak lagi menjadi keutamaan sesebuah majlis kerana dipandang sepi dan kini diganti dengan bag-bag kecil dengan berbagai cenderahati dan makanan ringan kerana dianggap budaya lama dan ketinggalan zaman.

Hari ini, aku baru tahu mengapa bunga telur itu perlu ada dalam sesebuah majlis perkahwinan itu dan mengapa kita harus mengekalkan budaya ini. Apakah peranan telur dan apakah falsafah yang dibawa oleh telur itu........?

Telur bukan sebarang telur, dari telur menjadi ayam, dari ayam akan bertelur lagi, menetas dan membiak.....so, jgn anggap bunga telur itu sekadar hiasan tapi hayatilah falsafah disebalik pemberian telur tadi......

Peranan bunga telur sama pentingnya dengan dengan bekas sirih.......

Fikir2kan

Monday, November 1, 2010

Doaku dipagi ini

Ya Allah Ya Tuhanku, engkau yang Maha Mengasihani dan Maha pemurah, engkau terimalah ibadat kami, rahmatilah kami dan keluarga kami, ampunilah dosa kedua ibubapa serta mereka-mereka yg telah pergi terdahulu dari kami, kasihani mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kecil. Ya Allah,Ya Rabb, tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganmu, bimbinglah kami kejalan yang engkau redhai dan janganlah dipalingkan hati kami setelah kami beriman..ameen