Sunday, July 26, 2009

Terima Kasih Anak-Anak

Terasa dihargai dan disayangi.......terima kasih. Dengan susahpayah dan menempuh berbagai cabaran maka dapat juga mereka merealisasikan sambutan hari lahirku yang ke 48 sebentar tadi. Semua hadir - 5 org anak lelaki, adikku dan isteri dan ibu. Kebetulan hari ulang tahun kelahiran adikku adalah esok.......

Semua meluangkan masa dan sama-sama meraikan tarikh ini. Terima Kasih anak-anak juga 2 orang teman mereka muga allah akan sentiasa memberkati kita semua dan dirahmatinya selalu. Ameen.......

Wednesday, July 22, 2009

Ikhlaskah kita?

Hari ini nak sentuh sikit pasal buat amal kebajikan, bersedekah, beribadat dengan mengira-ngira atau menghitung-hitung jumlah pahala yang akan diterima atau jenis ganjaran yang bakal diterima.

Umpamanya, jika kita bersolat di Masjidilharam maka pahala yang akan diperolehi ialah sekian banyak, jika kita bersolat jamaah maka sekian pula ganjarannya, jika kita bersedekah sekian jumlah pahala yang bakal kita terima........persoalannya sekarang adakah kita ikhlas dalam melakukan sesuatu itu atau melakukannya kerana mengharapkan ganjaran/pahala agar nanti kita boleh masuk syurga?

Bukankah kita sepatutnya melakukannya kerana allah ta'ala (lillah hi taala)? Bukankan masuk syurga atau neraka itu atas rahmatnya allah? Cuma allah berjanji bahawa yang baik akan dapat balasan yang baik dan yang jahat akan dapat balasannya juga..........

Bukankah sudah ada diriwayatkan suatu kisah dimana seorang hamba allah yang mahu masuk syurga atas ganjaran ibadatnya mendapati bahawa ganjaran ibadah yang dilakukan sepanjang hidupnya tidak dapat mencukupi timbangan untuk masuk ke syurga?

Rasanya eloklah para guru kita memberikan kesedaran kepada semua bahawa solat, beribadat, bersedekah itu adalah tanggungjawab kita sebagai umat islam. Ia menjadi garispanduan sebagai seorang islam. Elok jika dibangkitkan kesedaran berbuat sesuatu itu kerana allah ta'ala bukan kerana mengharap balasan/ganjaran yang bakal diterima selepas itu.

Jika berbuat sesuatu dan mengharapkan balasan, ia menjadi tidak ikhlas dan bila tidak ikhlas tiada apa ganjaran pun yang diterima.........

fikir-fikirkan

jumberapa

Tuesday, July 21, 2009

Terima Kasih Mas Agus

Terima kasih kepada Mas Agussyafii, tulisan-tulisan Mas banyak memberikan saya kesedaran jua mengajar saya lalu saya mencedok tulisan-tulisan yang berkaitan dan dipanjangkan ke blog MAQDI dengan tujuan berkongsi ilmu.

Muga Mas akan memberikan saya keizinan tanpa batas dalam melebarkan tulisan-tulisan serta ilmu yang dibawanya bersama kelapangan yang lebih luas lagi.

Muga Allah memberi keberkatan kepada Mas dan semua yang mendapat manafaat dari tulisan-tulisan Mas. Muga ia menjadi jariah buat MAs nanti.

Menyeru kepada kebaikan dan kebajikan tidak membataskan hanya kepada penyeruan kemasjid, meninggalkan yang mungkar dan bersedekah. Penceritaan (mendongeng) juga satu alternatif dakwah yang berkesan. Jadi, ambilalah peluang yang ada, dalam apa cara sekalipun dalam menyampaikan ajaran islam kepada umat manusia.

Fikir-fikirkan

Monday, July 13, 2009

Antara kelulusan dan Sikap

Emm.............lagi dengar rungutan tentang orang-orang yang bekerja di Pejabat Agama dan seangkatan dengannya.

Mungkin saya silap kerana meletakkan suatu tahap yang tinggi pada mereka-mereka yang bekerja di Pejabat Agama kerana saya yakin mereka mempunyai ilmu dan kelulusan yang betul ketika diambil bekerja disitu.

Mungkin bukan ilmu atau kelulusan yang silap tapi sikap manusia itu sendiri? Mungkin juga tapi jika jiwa da dididik dengan islam dan kehidupan disandarkan kepada islam maka bagaimana sikap tidak menunjukkan "keislaman" itu.

Ada sesiapa boleh beri pencerahan kepada isu ini? Mari kita sama-sama fikirkan dimana silap dan salahnya.

fikir-fikirkan.

Saturday, July 11, 2009

Mengikut Adat sedangkan hidup tak beradat

Ingat musim cuti sekolah dah tamat maka berakhirlah sementara majlis pertunangan atau perkahwinan, rupa-rupanya tidak..., majlis-majlis begini tetap berjalan seperti biasa .....

Malam ni pergi ikut sepupu pergi merisik untuk anak lelakinya. Bagi orang yang tidak pernah melalui proses ini (belum lagi) agak peliklah kerana apa yang saya faham, merisik itu adalah untuk bertanya samada sigadis yang kita suka itu sudah berpunya atau belum dan adakah mahu keluarganya menerima pinangan kita. Yang jadi pelik sikit tu ialah keluarga perempuan dah kenal dengan budak lelaki ni dan budak lelaki ni selalulah bertandang ke rumah keluarga budak perempuan ni....(maknanya dah kenal-mengenal dah dan dah taupun samada berpunya atau tidak kan....?!) Kenapa kena merisik jugak? Kan elok kalau terus tunang aje.....Jimat masa dan tenaga juga wang ringgitnya....

Tak kan kira nak ikut adat sedangkan kita sendiri tak beradat........(habis dah selalu jumpa dan pergi bertandang ke rumah tu ikut adat ke?)

Fikir-fikirkan

Wednesday, July 8, 2009

H1N1, selsema Babi, Selsema Burung, Sakit Kuku dan Mulut

H1N1? Selsema Babi?

Sakit ape ni? Dia macam Je ka? atau macam selsema burung? atau macam sakit kuku dan mulut?

Kalau macam selsema burung, pembawa penyakitnya ialah burung dan kena pada jenis burung dan kaum sejenis dengannya, jadi puncanya ialah burungkan dan kerana manusia makan ayam yang sejenis dengan burung makanya logik jugalah penyakit tu kena pada manusia.

So, kalau kita guna teori diatas dan apply kat selsema babi ni, macamana? Sapa yang makan babi maka tededahlah pada sakit ini. Betul ke?

fikir-fikirkan

Tuesday, July 7, 2009

Selsama Babi - Gimik aje?

Selamat Bertemu Kembali.

Alhamdulillah dah selamat kembali ke rumah. Demam pulak.......bimbang juga kot-kot H1N1 tapi alhamdulillah, dah sihat sikit dah.

Ini semua gara-gara seorang peserta yang demam tempohari, semua jadi takut dibuatnya.....ialah bila kita tak faham kita akan risau, bebayang pun dikatakan hantu!

Bila melalui airport, selain disuruh mengisi borang, tak ada apa pun yang dilakukan bagai yang diwar-warkan seperti screening dan sebagainya, isi borang tu aje kot screeningnya lagipun kami bukan datang dari daerah yang tercemar tu. Jadi, itu mungkin salah satu sebab mengapa screening untuk kami semua camtu aje.

Sekiranya adalah kes yang melibatkan sesiapa pun dalam kapalterbang kami tu, waduh pasti semua akan di kuarantin tapi sebelum itu sempat jugalah menyebarkan nya kemana-mana kerana sejak balik dah banyak tempat dikunjungi dan dilalui. Rasanya langkan kuarantin dirumah ni bagaikan melepaskan batuk ditangga aja.

Cuba sama-sama kita renungkan dan fikir-fikirkan

Monday, July 6, 2009

Sudah Pulang!!!

Aduhh......capek bangat......... namun alhamdulillah selesai sudah dan dah selamat pulang ke rumah. Alhamdulillah, puji-oujian untukmu Allah dan kerana mengizinkan segala berjalan lancar dan tiap yang pergi dapat menyempurnakan misi apa yang mereka bawa ketika mereka pergi.......

Muga Allah memperkenankan dan mengizinkan ini menjadi punca rezekiku dihari-hari kedepan.....baik untuk ku senang untuk orang........

Fikir-fikirkan

Wednesday, July 1, 2009

Posting Terakhir?

Hehehe..............mungkin untuk minggu ni kot.

Hari ni nak berbicara tentang Polis Traffic Light (Kata sebelum dan selepas..hehehe...). Kita ingin memperkatakan tugas polis trafik yang mengawal selia traffic light waktu puncak dengan traffic light berfungsi dengan elok.

Waktu traffic light rosak tak delah pulak polis ni nak kawal selia (traffic light yg selalu rosak tu yang dekat depan BP Tmn Sri Muda naik ke Kesas Highway); rasanya semusim sekali baru nampak polis traffik kat situ tapi lampu confirm selalu rosak.........

Permasalahannya ialah jika polis pengawal selia dan lampu berfungsi baik, rasanya yang berisiko ialah pemandu sendiri - nak ikut lampu atau polis? Dalam keadaan yang beratur panjang dan kesesakan yang nyata dengan polis terlindung dari pandangan mata , pemandu boleh jadi keliru dan kemalangan boleh berlaku.

Bukankah baik jika Polis Traffik berfungsi, kita matikan fungsi traffik Light so selain boleh jimat letrik boleh juga mamastikan risiko kekeliruan tu tak de.....

Fikir2kan.

Kebakaran yang tidak dilapurkan oleh Media Massa. Kenapa?

Entah.

Tadi kebetulan bertemu seorang wartawan dari sebuah akhbar dan tanya dia samada tahu atau tidak mengenai kebakaran tu, jawapannya tahu tapi kenapa tiada liputan? Tiada arahan untuk buat story tentang kebakaran tu.........

Adalah difahamkan kebakaran mengambil masa yang agak lama untuk dipadamkan kerana masalah Pili Bomba tu dan bomba tarik air dari bandar puteri sebuah penempatan berhampiran.

Yang menjadi tandatanya ialah kenapa tiada liputan....kilang haram? PBT bimbang nak kena jawab banyak benda?

Fikir-fikirkan