Saturday, September 25, 2010

Hujan diluar nampak lebatnya, hujan dihati siapa tahu?

Ayat diatas membawa maksud kesedihan dihati kita tiada siapa yg tahu. Ia membawa makna yang sama dengan luka ditangan nampak berdarah, luka dihati siapa tahu?

Lelaki adalah orang yang tidak akan menangis atau tidak akan menunjukkan kesedihan hatinya. Mukanya yang selamba, perangainya yg "cool" mampu menyembunyikan rasa hatinya. Mereka tidak seperti perempuan yg cepat menangis dan akan menangis atas sebab gembira, sedih, kecil hati, merajuk, jauh hati dll.

Adakah kerana mereka tidak menangis kita menyangka bahawa mereka kebal atau bakukan hati dan perasaan mereka?

fikir-fikirkan

Sunday, September 19, 2010

redha allah bergantung pada redha ibu

banyak yg dialami semasa aidil fitri ini dan banyak yang dipelajari dan difahami.

hati dan perasaan walau bagaimanapun memang susah untuk dikordinasikan dengan rasional pemikiran. Walaupun akal boleh berfikir waras namun hati dan perasaan payah untuk diajak berunding.

Anak-anak : kekadang ada tindaktanduk kita secara kita tidak sedar menguris hati ibubapa kita, maka adakah kita akan tergolong dalam kumpulan yang akan menerima laknat allah?

ibubapa: kasihani anak-anak kita, api neraka itu panas, tak tertahan azabnya oleh anak kita, selalulah mengampunkan dosa-dosa anak kita biarpun hati dan perasaan kita terhiris kerana azab allah itu benar, kasihani anak-anak kita........

isteri-isteri: suami kamu itu adalah milik ibunya sampai akhir hayat, jgn kamu menjadi sebab anak menderhaka kepada ibunya dan akan menerima azab dari allah, kasihi dia, kasihi ibubapanya.....

"redha allah pada kita bergantung kpd redha ibu kpd kita"

adakah ibubapa kta redha akan kita?