Saturday, May 29, 2010

Antara Haji dan Menolong fakir dan Miskin

Mana lebih Afdal?

Abu An-Nasr At-Tammar bercerita tentang seorang lelaki yg datang untuk mengucapkan selamat kpd Bishr ibn Al-Harith sebelum berangkat menunaikan haji.

Lelaki itu berkata: Aku akan pergi menunaikan haji, apakah arahan tuan padaku.
Bishr bertanya: Berapa banyak wang yg telah kamu sediakan untuk perbelanjaan Haji? Lelaki itu menjawab 2 ribu dinar. Apa yg kau harap dari kerja hajimu ini? rahmat allah jawab lelaki tersebut.

Bishr berkata jika engkau dapat menikmati rahmat allah tanpa meninggalkan negaramu dan berbelanja 2 ribu dinar dng pastinya mendapat rahmat allah, mahukah kamu? Mahu jawab lelaki tersebut.

Bishr berkata pergi dan berilah wang tersebut kpd 10 orang seperti orang yg berhutang untuk membayar hutangnya, simiskin agar dapat memperbaiki kehidupannya, ketua keluarga agar dapat menampung kehidupan sebaiknya dan pembela anak yatim agar anak yatim itu gembira. Jika kamu merasakan kekuatan untuk memberikan wang tersebut hanya pada seorang, lakukan kerana menggembirakan hati saudara muslim kita, meringankan bebanan orang yg memerlukan /yang lemah adalah lebihbaik dari mengerjakan haji seribu kali elepas haji wajib. Bangunlah dan gunakan wang itu untuk kebajikan seperti mana yg diberitahu. (Al-Ghazali in Ihya" Ulum Ad-Din, Vol 3 Pg 397)

sumber: islamonline.net

Thursday, May 27, 2010

berdoalah...................

YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku,YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat YA-ALLAH YA-JABBAR, YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq n miskin YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yg beriman kesihatan zahir batin YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah doa ini n redhaikanlah kami....

Wednesday, May 26, 2010

Sambungan..................

kalau dilihat secara lahiriahnya memanglah asnaf dan kami sedang dlm proses mendaftarkan mereka sebagai asnaf semula.

bantuan kecemasan yg saya dah terima setakat ini ialah RM325-00 dimana RM25-00 diberi secara tunai pada malam tersebut (atas permintaan) dan yg lain2 tu kami berikan barangan keperluan. dan insyallah ada lagi yg berjanji untuk menyumbang RM100-00 lagi esok untuk baby tu.

sekarang ni kami sedang mencari pakaian kanak2 dan pakaian bayi. Ini dpt menjimatkan bantuan kewangan yg diterima untuk membeli keperluan makanan untuk 16 org kanak2(termasuk 2 bayi kembar tersebut) krn mereka memang tidak mendapat bantuan dari mana2 pihak krn masalah dokumen tak lengkap.........

secara ringkasnya ada 4 kes disini:-
(i) Balu dng 6 org anak (tidak memerlukan dana kecemasan) dipanjangkan ke Pusat Zakat
(ii) Ibu dng 3 anak (bantuan kecemasan sudah diberikan) dipanjangkan ke Pusat Zakat
(iii) 16 orang kanak-kanak (5 bulan - 12 tahun) - bantuan kecemasan sudah dihulurkan. Tidak dpt dipanjangkan ke Pusat Zakat atas masalah dokumen tak lengkap. Semua tidak bersekolah atas sebab yg sama.....
(iv) Ibu dng 8 org anak (apa2 pun belum dibuat lagi)

sesiapa yg dermawan dan berkemampuan , silalah hulurkan tangan untuk ringankan beban.....allah melihat dan allahmengetahui.............

Tuesday, May 25, 2010

Perancangan Allah

Mlm kelmarin rumah ku dikunjungi oleh seorang ibu bersama 2 anaknya. Kami saling tidak mengenal antara satu sama lain. Dia baru berpindah ke Taman perumahan tempat tinggal kami dalam tempoh 2 minggu. Beliau menumpang tinggal bersama sebuah keluarga yang terdiri daripada 16 kanak-kanak (berusia antara 12 tahun hingga 5 bulan) dan 5 orang dewasa tinggal disebuah apartment 3 bilik (rumah atas kedai).

Anak-anak beliau berusia 10 - 13 tahun, 2 lelaki dan seorang perempuan. Semua tidak bersekolah. Tak makan dari pagi. 2 anak lelaki beliau bekerja sebagai pencuci pinggan dan pencuci kereta di kedai berhampiran. Beliau tidak mampu bekerja kerana masalah kesihatan. Beliau lahir pada tahun 1968 dan bersekolah hingga darjah 6 sahaja.

Kami mengeluarkan bantuan segera:-
(i) Beras 10 kilo
(ii) gula 1 kilo
(iii) tepong 2 kilo
(iv) sardin 1 tin
(v) susu 1 tin
(vi) telur 10 biji
(vii) teh uncang
(viii) maggi

Lepas makan, mereka pulang dengan keberatan. Tak lama selepas itu dtg 3 org kanak-kanak yg terdiri dari 2 anak ibu tadi (yg tadi tak ikut sbb kerja) dan seorang anak keluarga yg beliau tumpang - "pak cik, mak nak pinjam RM30-00 nak g hospital esok" - saya tanya " kamu dah makan?" "belum", "masuk makan dulu"

Pak Hamid (Siak surau as-salam) hulur RM25-00 sebelum anak-anak itu pulang.....

-------------------------------------------------------------------------------------
Ptg kejadian itu saya menerima panggilan talipon dari seorang kawan yg menghadiahkan RM100-00 kepada saya.

Malam tadi, seorang sahabat mengajak kami sekeluarga keluar makan di Tanjung Harapan.

Relatekanlah ke3-3 kejadian ini dan fikir-fikirkan.....................

Monday, May 24, 2010

Ada banyak benda nak cerita sbb semenjak dua menjak ni macam-macam benda berlaku dan apa yg hendak diceritakan ini ialah berkongsi rasa bagaimana allah menunjukkan kasihnya padaku:-

(i) Jadi Guru pendidikan awal murid (Tadika)

(ii) Bayar cash - Allah menunjukkan bahawa Ia pasti menunaikan janjiNya

(iii) Mintak dan Dia pasti beri (ESQ 165)

Namun malam ini tak sempat nak tuliskan semuanya - mata mengantuk dah....insyallah akan cuba berkongsi secepat mungkin.