Friday, February 19, 2010

Tribute to..................

Baru selesai menghabiskan masa membaca The Street Lawyer Paperback Novel oleh John Grisham. Novel ini berlandaskan kisah benar. Mengisahkan bagaimana peguam berjuang/bertungkuslumus membantu orang-orang yang tidak berumah di New York, Chicago, LA.

Mereka ini bekerja dengan gaji sebanyak USD30K setahun berbanding dng rakan sejawat mereka yang bekerja dengan pejabat guaman besar dengan ganjaran USD90K keatas tidak termasuk insentif lain.

Street Lawyer atau lawyer jalanan atau Poverty Lawyer atau Lawyer miskin adalah gelaran mereka tapi mereka ini bekerja bersungguh-sungguh membela nasib mereka yang teraniya hingga ada yang hilang kedudukan, musnah rumahtangga demi menegakkan undang-undang.

Alangkah bahagianya jika ada diantra peguam-peguam kita yang punya naluri sebegini. Sekurang-kurangnya kepercayaan kepada undang-undang masih lagi terjamin. Bukan seperti sekarang ini terutamanya di negeri yg tercinta, diszaman ini.................

Harap para peguam bacalah buku ini dan semuga terbuka hati dan minda untuk berjuang menegakkan undang-undang dan membela yang teraniya.