Wednesday, June 1, 2011

dah lama benar kutinggalkan.............

salam

lama dah tak menulis disini, macam biasa bukannya tak ada isu tapi terlampau banyak isu nak diurus sampai rasa tak kecapaian nak menulis disini namun allah membuka hatiku hari ini untuk kembali menulis disini.

sebenarnya terlalu banyak isu hingga jari-jari ini dah tak berkodinasi dengan otak untuk bekerjasama ditambah ngan jiwa yang jadi tak tenteram dek isu-isu yang terlalu banyak ini.......

bilakah kita akan mengundi, bilakah PRU 13? masih akan mengundi di tempat lama ka atau nama dah hilang dari senarai SPR? macamana nama ayah yg dah meninggal masih kekal dalam list pengundi SPR?

aduhhh......isu yg itu sudah cukup memeningkan kepala belum ditambah dengan isu penambahan penduduuk disesatu kawasan secara mendadak terutama di Selangor, belum lagi isu pertambahan kerakyataan malaysia ....mak ai.....mana nak pikir isu barang naik, kes video seks, duit sikit, hantar anak sekolah, barang naik, minyak naik, ubat naik............

bagaimanakah nasib mereka-mereka yang kurang berduit macam aku ni, nak beli ubat pun tak mampu....kalo sebiji RM3.00, kalo 365 hari? beras, gula, ikan, ayam seme naik harga tak masuh lagi yuran pembelajaran.........aduh....fikir-fikirkan..........

ya allah, dah tak tertanggung rasanya......

Monday, January 31, 2011

Business Logic (Cut n paste)

i am doing spring cleanirng on my emails and terjumpa this:- and i am sharing this with you................................

BUSINESS LOGIC

Father : I want you to marry a girl of my choice

Son : "I will choose my own bride!"

Father : "But the girl is Bill Gate's daughter."

Son : "Well, in that case...ok"

Next Father approaches Bill Gates.

Father : "I have a husband for your daughter."

Bill Gates : "But my daughter is too young to marry!"

Father : "But this young man is a vice-president of the
World Bank."

Bill Gates : "Ah, in that case...ok"

Finally Father goes to see the president of the World Bank.

Father : "I have a young man to be recommended as a
vice-president. "

President : "But I already have more vice- presidents than I need!"

Father : "But this young man is Bill Gate's son-in-law."

President : "Ah, in that case...ok"

This is how business is done!!

Moral : Even If you have nothing, You can get Anything.
But your attitude should be positive.

Thursday, December 9, 2010

Selamat Berangkat Wahai Sahabatku, Muga mendapat apa yg dicari

Selamat Berangkat muga Allah melindungi kalian. Muga kalian akan mendapat ilmu yang dicari dan mendapat keberkatan kerana itu.

Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa, hilang dimata tapi dihati tetap tak lupa, berdoalah kita agar aman dan sentosa muga jumpa lagi dilain masa.

Andai disepanjang persahabatan kita ada kata yg melukakan ada kata menyebabkan sengketa, maaf dipohon dari sudut hati yg paling dalam - jangan bersedih muga allah temukan kita disatu hari nanti................

Sebuah Perjalanan

Letih.

Itulah ungkapan yg dapat menggambarkan sebuah perjalanan yg baru kulalui beberapa hari dahulu.

Kalau letih, bagaimana? tak seronok kah? erm.....bukan tak seronok tapi disebabkan beberapa peristiwa yg bagai tidak merestui perjalanan ini menyebabkan terasa keletihan biarpun ada waktu-waktu yg menyeronokkan.....

Harus ada pengajaran dari peristiwa2 yg berlaku disepanjang sebuah perjalanan yg baru kutempuhi ini.....apapun jauh berjalan luas pengalaman.....

Sunday, November 21, 2010

Falsafah Korban - Refer Surah Al-Hajj

Daging Korban dibahagi kpd 3 pembahagian, buka surah al hajj (ayat 30...lupa dah) yang bermaksud: bagi orang yang berkorban, pesan Allah, makanlah oleh kamu, berilah orang yang meminta2 (fakir/miskin) dan orang yang tidak meminta2 (jiran/saudara mara/ahli keluarga/) - contoh:-

kira mudahlah - yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah daging sahaja (bukan tulang, perut, kepala dll), jadi jika lembu dah keluarkan dagingnya ada 60kg, 20kg beri kepada fakir miskin, 20 kg beri kepada orang yang tidak meminta2, dan 20 kg milik tuan yg buat korban. Inilah yang paling minimum pembahagiannya.

sebaiknya,org yg berkorban ambik sikit, aja yang lain beri kpd fakir miskin dan orang yang tidak meminta2.(tukang agih/tukang lapah/tukang pegang kaki lembu) dll dikira sebagai orang yg berhak terima - golongan yg tak meminta2 tetapi jika dia mampu membeli, dia adalah orang yg terakhir terima selepas semua keperluan fakir miskin dipenuhi.

maksud korban bukan semata2 orang yang berkorban lembu tu..

pengertian korban dengan lebih luas lagi ialah:-

first orang yg buat korban

kedua orang yang menolong (tetapi tak buat korban) kena sanggup menerima keadaan bahawa ada kalanya dia sendiri tidak dapat daging...dia kena datang tolong atas dasar ingin korban tenaga, masa dan lain-lain

tapi biasanya...budaya kita, ialah bila yang menolong tu (biasanya orang yg berkemampuan)bila dia tak dapat daging, dia balik dng muka masam - jadi falsafah korban itu tidak sampai kepada dia.

tapi sebaiknya berilah orang yang tolong tu sebungkus. jadilah

So, kalian, kalaulah tidak berkorban lembu/kambing sekali pun, korbankanlah masa,tenaga bersama-sama mereka2 yg berkorban haiwan tersebut. Bila tak dapat daging korban, redhalah, sesungguhnya bukanlah rezeki kita gamaknya......

fikir2kan

Thursday, November 18, 2010

Apa peranan bunga telur dalam perkahwinan melayu

Jika dipandang sekilas lalu, apalah pentingnya sebutir telur dalam majlis perkahwinan orang melayu. Jika dulu bunga telur itu dijadikan hiasan pelamin.

Walaupun kini bunga telur tidak lagi menjadi keutamaan sesebuah majlis kerana dipandang sepi dan kini diganti dengan bag-bag kecil dengan berbagai cenderahati dan makanan ringan kerana dianggap budaya lama dan ketinggalan zaman.

Hari ini, aku baru tahu mengapa bunga telur itu perlu ada dalam sesebuah majlis perkahwinan itu dan mengapa kita harus mengekalkan budaya ini. Apakah peranan telur dan apakah falsafah yang dibawa oleh telur itu........?

Telur bukan sebarang telur, dari telur menjadi ayam, dari ayam akan bertelur lagi, menetas dan membiak.....so, jgn anggap bunga telur itu sekadar hiasan tapi hayatilah falsafah disebalik pemberian telur tadi......

Peranan bunga telur sama pentingnya dengan dengan bekas sirih.......

Fikir2kan

Monday, November 1, 2010

Doaku dipagi ini

Ya Allah Ya Tuhanku, engkau yang Maha Mengasihani dan Maha pemurah, engkau terimalah ibadat kami, rahmatilah kami dan keluarga kami, ampunilah dosa kedua ibubapa serta mereka-mereka yg telah pergi terdahulu dari kami, kasihani mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kecil. Ya Allah,Ya Rabb, tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganmu, bimbinglah kami kejalan yang engkau redhai dan janganlah dipalingkan hati kami setelah kami beriman..ameen