Wednesday, January 27, 2010

Tah apa-apa tah.......

Pagi yang dingin, cuaca yang nyaman, dah terjaga tak boleh nak lelapkan mata semula, so nak buat apa yea........

lama tak menulis disini bukan kerana ketandusan idea tapi terlalu banyak hinggakan melimpah ruah dan jadi tak keruan kerana tak tahu yang mana harus ditulis, bagaimana nak memulainya, isu yang mana harus diketengahkan.....selalunya emosi yang mengganggu fikiran.

bukan senang nak menulis tanpa emosi kerana tulisan tanpa emosi umpama makan nasi tanpa berlauk - tak sedap!! Bagaimana dapat disentuh deria rasa perasaan pembaca jika tulisan hambar tanpa rempah ratusnya emosi?

fikir-fikirkan

Wednesday, January 13, 2010

Cikgu-Cikgi dan Kementerian pelajaran jangan mare yea............

Mari dengar cerita ini.

Sebagai badan yang kerjanya "mengajar" selayaknya mesti lebih terrer le dari orang yang bukan dalam bidang ni, tapi apa yang dilalui tadi benar-benar menunjukan apa yang kawan saya cakap satu masa dulu adalah benar.

Sebelum tu, cikgu-cikgi jangan marah. Cerita ini tiada kena mengena dengan anda tapi hanya ditujukan khas untuk segelintir yang makan cili dialah rasa pedasnya atau yang makan nangka yang akan kena getahnya (mana boleh org lain makan org lain kena getahnya...menganiya namanya tu....)

(i) PIBG lebih berkuasa dari Kementerian pelajaran?

Mana tidaknya, "derma" (yg sebenarnya paksa) sebanyak RM30-00 adalah wajib dibayar - tidak boleh tidak sedang PIBG tu persatuan IBUbapa dan guru tapi guru tak boleh waive payment tanpa consent PIBG? Sikit punya celaka ke?

Saya nak tahu le, apa yang PIBG buat dan apa peranannya dan duit tu buat apa? RM30-00 seorang, kalau 1 sekolah 5,000 orang (sessi pagi/ptg)? ooo.......nak buat tution untuk budak2 yg ambik pereksa - tution kena bayar beb.....meeting PIBG pun kena sumbang, tak masuk mintak derma buat gajah susur, perpustakaandan lain-lain lagi.................

Nampaknya lain-lain yuran lebih tinggi dari yuran yang kena bayar kat kementerian pelajaran lagi........ada PIBG paksa budak2 beli buku kat sekolah (dng logo sekolah) sbb kedai buku koperasi atau PIBG ada kepentingan. Kalau kat luar buku tulis 80m/s berharga 60 sen tapi disekolah harganya RM1.00. saya tak nak beli. Berapa banyak saya boleh jimat tu?

Beli buku kat book shop kat luar ada potongan harga antara 15-30 peratus tapi kalau beli kat kedai sekolah kena bayar harga penuh. Sekupang pun tak boleh kurang......

Memang lebih sudu dari kuah..........................

(ii) Insuran RM1.50 sekepala setiap tahun

Siapa pernah tuntut insuran ni? 5,000 x 1.50 = berapa. Mana duit ni pergi. Bila berlaku kemalangan disekolah atau ada murid yang sakit, pihak sekolah akan hubungi ibubapa untuk "arahan" selanjutnya bukan nak hantar budak pergi hospital or klinik dulu........bukan semua ibubapa terdiri dari orang yang berkereta dan tinggal berhampiran sekolah.

Sekolah boleh ada kerani, tukang kebun, 2 pengetua tapi jururawat tak boleh nak adakan. Boleh ada bilik aktiviti guru tapi bilik sakit tak diadakan. Kalu yeapun kementerian beri arahan untuk tidak beri panadol pada murid, tapi sebagai manusia tak kanlah bertanya khabar, beri air minum atau minyak angin pun tak boleh. Duduk ngan budak sementara ibubapa datang.Sia-sia aje allah bagi akal sampaikan pekara macam tu pun nak kena ikut arahan bulat-bulat. Mungkin kementerian perlu beri arahan lebih specific lagi.

Kes yang disaksikan hari ini memang membuatkan saya begitu marah dan sampai tahap mengalirkan airmata.

Kuda kayu punya cikgu..................! saya mendoakan agar allah beri dia pengajaran yang setimpal. Amin

Sunday, January 10, 2010

Happy birthday my dear hubby.............

Terima Kasih anak-anak kerana dalam kesibukan masa masih mampu meluangkan masa untuk kami. Terima Kasih muga Allah memberkati kalian. Amin

Happy Birthday Abang - May Allah bless u always and may we have a wonderful many years more to come.

Luv u.

Friday, January 8, 2010

Janji.jgn nangis................

Ada orang tanya betul ke citer ni....? (Citer dimana 2 beradik berkongsi pakaian sekolah yg pernah dishare beberapa hari lalu..................);

Yang saya nak citer ni memang kisah benar, tak taulah samada boleh dipercaya atau tidak........

Faiz nak pergi interview.

Faiz : Mak, kasut tak de.
Mak : Kasut kamu mana?
Faiz : Tinggal kat wangsa maju bagi pojie pakai.
Mak: bang, faiz tak de kasut nak pakai g interview.
Ayah: cuba tengok muat tak kasut ayah tu......,


Masih tak percaya pekara ini berlaku pada hari ini?

fikir-fikirkan

Tuesday, January 5, 2010

Cikgu oh cikgu...................

Tahun berganti tahun namun tak banyak perubahbaikan yang nampak dibawak oleh kementerian pelajaran. Masih ditakuk lamanya juga. Tiada perubahan yang dapat kita banggakan...

Mari kita sama-sama imbaukan:-

(i) kenapa cuti sekolah tidak diadjustkan agar pelajar dan guru tak payahlah datang sekolah ganti pada hari sabtu. Pokoknya kelas hari sabtu selalunya gagal kerana ramai murid yg ponteng sebab paling mudah ialah bas sekolah tak de.....

(ii) kami dulu sekolah jauh dan susah bas jadi sekolah kami dulu pendekkan masa tiap-tiap pelajaran ke 35 minit setiap hari dan pada waktu akhir kami ada 35 minit extra dimana masa ini diganti dengan 1 mata pelajaran untuk hari yang sepatutnya kami kena ganti .

So, No Saturday School!! lebih effective dan efficient - kira cikgu kami tahun 70an lebih terrer dari orang sekarang yang sekolah dan sijil banyak ni......

(iii) Latihan sukan dibuat masa PJ krn tiap2 kelaskan ada kelas PJ. So tak yahlah susah2 pelajar nak dtg semula pada hari lain. Kesian budak2.............bilalah masa nak berehat......

sekolah sekarang ni terlalu stressful..............

fikir-fikirkanlah....................

Sunday, January 3, 2010

2010 dimulai dengan kemalangan kereta

Semalam Faiz kemalangan. Alhamdulillah walaupun kereta remuk teruk namun pemandu selamat tanpa kecederaan yang berdarah. Cuma calar didada sebab talipinggang.

Ada hikmah disebalik kejadian. Biarpun kerugian dijangka ribuan ringgit dan kemungkinan besar tak akan diperbaiki lagi namun kami tetap bersyukur. Allah lebih mengetahui.

Fauzie serahkan kereta dia untuk kegunaan keluarga. Bukan senang nak mengubat kelukaan dihati namun keredhaan kepada kehendakNya menjadikan suasana begitu tenang dan aman.

Soal sedih tak payah nak citer le...sapa tak sedih tengok kereta remuk begitu tapi allah melapangkan dada dan memberikan ketenangan. Anak pulak selamat.

Kami hanya mampu berserah padaMu dan hanya padaMu kami mohon pertolongan.

Amin