Thursday, December 31, 2009

Pancing dapat 7 ekor tapi bawak balik 77 ekor!!

Hanya tinggal beberapa hari lagi sekolah akan dibuka semula untuk sesi 2010. Ilah akan menduduki kelas 6 dan akan berhadapan dengan UPSR dipenghujung tahun nanti. penting ke exam tu?

Penting untuk apa yea?

Walau bagaimanapun bagi melayan kerenah beliau, kami pergi memancing ikan keli di kolam MAQDI. Ilah dapat 7 ekor (hidup) manakala bila dibawak balik 77 kor pulak jadinya.

Ilah kata yang 70 ekor tu bonus......namun saya yakin dan percaya semuanya ganjaran dari Allah. Muga Allah akan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada kami sekeluarga semuga dengan itu akan memudahkan kami berjihad kejalanNya. Amin

Saturday, December 26, 2009

Sembelih Ayam dulu

Kata ustaz:

sebelum menyembelih binantang besar, lazimkan diri dengan yang kecil dulu iaitu ayam kemudian kambing dan seterusnya lembu dan seangkatan dengannya.

soalan:

berapa ramai kita yang pandai sembelih ayam atau yang berani sembelih ayam? ialah sekarang ni kan semua dah siap diproses kat pasar, tidak ada suasana kejar ayam, kurung diri, sembelih, masak air panas untuk mencelur, cabut bulu, pasang api untuk memanggang lagi...berapa ramai yang suasana sedemikian hanya tinggal kenangan dan berapa ramai yang tak tak pernah melalui proses diatas?

Rumusan:

Akan datang akan ada satu ketika tukang sembelih jadi satu profession yang dibanggakan macam tukang azan or imam sekarang ini.

fikir-fikirkan

Antara yang tulin dan yang plastik

Bunga plastik miskipun cantik, tak luntur, segar selama-lamanya namun tak harum. Tak kira betapa cantiknya sekalipun, selepas mengumpul habuk dan tak layu bertahun-tahun akhirnya akan dibuang orang juga......manakala bunga hidup ini, walaupun harum baunya namun mekarnya tak lama, jika disunting orang, layunya dalam jambangan tanpa ada kumbang yang dapat menghisap madunya manakala yang ditaman pula madu dihisap kumbang, bunga layu ditangkainya.

Cuba kita perhatikan dan applykan keduanya dalam kehidupan kita - ibarat kita ini bunga, bunga mana yang anda pilih? dan apakah sebabnya anda pilih?

Fikir-fikirkan

Monday, December 21, 2009

Bila jauh rindu-rinduan............

Salam

Semalam waktu tengok majalah 3, paparan tanah minang terbentang mengingatkan aku pada bukit tinggi yang last dilawati 3 bulan sebelum gempa bumi. Gempa tersebut membantutkan perancangan untuk lawatan ke tiga kali di bulan November yang lalu.

Kelmarin juga kami pergi makan nasi padang di sebuah restoren di Taman Nirwarna Ampang, kali ke 2 selepas pulang dari menziarahi bukit tinggi - gulai tunjang, daging dengdeng (kering), berlado, gado-gado jadi pilihan - namun demikian tidak dapat mengubat rindu makanan padang di bukit tinggi kerana makanan disini dah diubah suai dengan selera tempatan.

Makan nasi ditengah sawah berlaukkan jering masak lomak, ikan darat, rebung, air kelapa...isk ...meleleh air lior..........

Rindu pada ketenangan dan kehijauannya serta makanannya.

Entah bila dapat menjejak kaki kesana lagi.........

Sunday, December 20, 2009

Terfikirkah anda....?

Hari ni masa makan dan masa siapkan makanan Khamis (Mr Berok) petang tadi, tiba-tiba terfikir tentang keistemewaan manusia berbanding dengan binatang dimana manusia sudah maju dimana mereka menanam makanan mereka, kemudian memasaknya sebelum makan.....

Berbanding dengan berok/monyet/kera dan seangkatan dengannya dimana binatang ini mencari makanan didalam hutan dan semata-mata bergantung hidup dengan apa yang ada dihutan itu. Mereka tiada anugerah akal fikiran untuk menanam makanan mereka. Manakala manusia bila dah maju mula menebas dan memugar hutan untuk dijadikan ladang dan perkampungan dan akhirnya jadi bandar......

Ada aktivis yang menanam semula hutan tapi yang ditanam bukanlah pokok-pokok yang boleh menjadi atau menghasilkan makan untuk penghuni hutan lantaran itu penghuni hutan kini terpaksa merusuh dan merosakkan tanaman orang, masuk kampung atau menjadi peminta sedekah professional disepanjang jalan mohon simpati orang lalulalang untuk berikan mereka sedikit makanan bagi meneruskan kehidupan.

Tidak pernah terpikir pulak yea nak tanam rambutan ke, dokong ke, ciku, betik, mangga kat dalam hutan agar nanti boleh dijadikan makanan haiwan.........

fikir-fikirkan

Sunday, December 13, 2009

Capek Bangat!!!

Dalam kesibukan menhadirkan diri ke majlis kenduri orang yang menjemput, ketibaan rombongan ibu mertuaku bersama 9 ahli keluarga adiknya harus disambut sebegitu rupa agar semua sempurna dan jangan ada yang terguris hatinya.

Selesai semuanya. Alhamdulillah. Abang pulak sibuk dengan aktiviti masyarakatnya maka dapatlah berehat sebab tak boleh nak kemana-mana dan tentu tiada siapa yang datang menziarah kerana abang tak ada maka kesempatan ini diambil untuk mengadap komputer pulak.

Hari ni, pojie beli baju, seluar dan kasut sekolah adiknya.Alhamdulillah. Selesai satu bab, yang tinggal ialah buku dan yuran sekolah pulak......

Muga allah permudahkan semua buat keluarga kami. Amin

Tuesday, December 1, 2009

Musim Hujan + cuti sekolah = musim orang kahwin

Huargh................musim org buat kenduri kahwin sekarang ni....Jadual jemputan kahwin memenuhi kelender hujung november hingga ke akhir december.

Ada waktu satu sehari , ada kalanya sampai 2 atau lebih dalam sehari. Pandai-pandailah bagi masa Dalam kesibukan menghadiri majlis orang, anak sendiri pun sibuk nak bertunang.

Maka berlangsunglah pertunangan siangah dengan siangah pada 28 November yg lalu. Alhamdulillah semuanya baik. Dengan hantaran 11,111.11 dan sepersalinan. Diikat selewat-lewatnya 2 tahun dan seawal-awalnya 1 tahun.

Maka secara rasminya kami sekeluarga akan ada warga baru dalam keluarga dalam setahun dua ini insyallah.

Saturday, November 21, 2009

Hujan - Part II

Sambungan dari posting sebelumnya.

Dimusim hujan ini atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh, sempena cuti sekolah pula maka banyak le pulak majlis perkahwinan berlangsung.

Adakah:-

Musim hujan + cuti sekolah = musim perkahwinan (musim mengawan? :D)

fikir-fikirkan.....

Sunday, November 15, 2009

Musibahkah atau rahmatkah?

Hari-hari hujan. Musim tengkujuh le katakan. Disana-sini dah mula banjir. Kesian mereka-mereka yang terkena banjir tu. Nak buat macamana, kemas barang dan pindah jua...!!!

Saban tahun mereka kena banjir dan kena pindah. Namun mereka tabah menghadapainya saban tahun. Seronok kah mereka menghadapi musibah banjir tiap tahun atau mereka terpaksa kerana memang tiada tempat nak pergi or pindah?

fikir-fikirkan

Friday, November 13, 2009

Permasalahan dan Masalah

Heheheh...apa beza keduanya tu?

Bagi saya keduanya sama - dua-dua masalah. Cuma permasalahan ni ialah memperkatakan sesuatu masalah seperti mana saya sekarang ni.......

Ialah sahabat saya menghadapi masalah dan memberitahu saya permasalahannya namun keadaan saya sekarang ini pun bermasalah nak bantu beliau. Bagaimana ya?

fikir-fikirkan....

Thursday, November 12, 2009

Tekanan

Hari berlalu, hari raya makin dekat dan tarikh pertunangan fariq makin tiba, tarikh perkahwinan aida pun dah hampir bebenar tapi masalah makin banyak pulak....aduhhh......mana tahan.......!! Apa pun perlu menghadapinya satu persatu dengan tenang.

Rasa-rasanya tekanan darah naik ni, malam tidur pun tak lena, tengok tv pun malas malah membaca yang sebenarnya pekara yang suka sangat dilakukan pun tak rasa nak lakukan....aduh bagaimana si....bila tekanan darah naik, temper pun turut naik gitu....

bagaimana ni si?

fikir-fikirkan......

Tuesday, November 10, 2009

Pantun 4 kerat

Kebelakangan ini ada banyak benda yang nak ditulis namun disebabkan berbagai masalah, perasaan itu tidak dapat diluahkan. Terpendam hingga kini bercamuk sampai dah tak dapat nak diluahkan lagi.

Berbagai isu mengamit rasa,
berbagai pekara menyakitkan kepala,
tak cukup dengan masalah yang ada,
datang yang lain bertimpa-timpa.

Tak selesai masalah negara
masalah sendiri tiba pula
belum sempat nak bersuara
surat mahkamah datang bertimpa-timpa

demikian malang nasib diriku
menangis sorang tiada yang tahu
hidup kini haru-biru
pada Allah tempatku mengadu

Thursday, November 5, 2009

Perompak atau Tarik Kereta?

Ini pengalaman baru. Mari kita kongsi sama-sama.....

Kawan ni kerja dia bawak lori - pengusaha kecil-kecilan. Lori dia dah 3 bulan tak bayar. Dia janji bank nak bayar 5/11/09. Tup..tup pada 4/11/09 beliau "diserang" disatu trafik light kat Port Klang oleh 2 orang india.

Al maklum, atas lori ada barang jadi bila dia kena "ambush" tu paniklah, mana tidaknya tetiba datang india bukak pintu lori nak rampas kunci sambil jerit2 suruh dia turun...kena 2 bijik jugalah India tu, jari dia luka, kunci patah.

Rupa-rupanya tukang tarik.....

Mari kita lihat senerio di atas semula:-

(i) Dah janji dengan bank nak bayar 5/11 tapi tukang tarik datang 4/11
(ii) datangnya tanpa surat tapi dengan kekerasan. Bila dia tak nak settle (bagi duit kopi) dan tak nak serah lori baru india ni talipon bank mintak surat tarik.......


Fikir-fikirkan..................

Friday, October 30, 2009

Masa

Kalau dulu, masa selalu macam tak cukup tapi duit tu kalau tak mewah pun memanglah ada - ialah masa tu ada keja kan maka ada keja adalah gaji tapi sekarang ni masa adalah mewah kerana sekarang ni masa tu kita punya sepenuhnya dan boleh buat apa kita suka, kalau dulu masa kita "dibeli" majikan dan kita kena menumpukan sepenuh masa yang dibeli (waktu kerja) kepada kerja kita tapi kita masa kita tak de orang beli jadi banyaklah......

Biarpun banyak tapi manafaatkanlah ia sebaik mungkin kerana mungkin Allah mahu kita menumpukan masa yang ada ini untuk agama kita, diri kita, masyarakat, keluarga dunia dan akhirat kerana sebelum ini masa kita amat terhad.

Betul ke? Fikir-fikirkan

Monday, October 26, 2009

Jangan Bersedih

SURAH THAHA (ayat: 112)

maksudnya:

dan barangsiapa mengerjakan amal-amal yang soleh dan dia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya)

SURAH AN-NASR

maksudnya:

apabila telah datang pertolongan allah dan kemenangan dan kamu melihat manusia masuk agama islam dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampun padanya. Sesungguhnya dia adalah maha penerima taubat.

Saturday, October 24, 2009

Success!! Percubaan Pertama Kami Berjaya

Alhamdulillah.... berjaya dan enak rasanya. Resepi Puding Roti yang baru kami cuba sebentar tadi menjadi......dengan beberapa modification pada resepi asal.



Susu segar diganti dengan susu cair....

Mentega diganti dengan majerin dan tambah choklat masakan didalamnya.

Enak......esok nak buat untuk mak.....

Apple Pie - Puding Roti

Alhamdulillah dan Tkasih kepada empunya resepi kulit apple pie.

jadi ilah buat cuma kulit ada sikit lembek tapi tak pe, kira berjaya untuk 1st timer!! Syabas.

Haa..........malam ni Faiz kena buat puding roti pulak. Harap-harap menjadi le...boleh buat sarapan esok pagi.....

Terima Kasih tuan punya resepi tapi macam biasa le, saya akan modify ikut apa yang ada kat dalam rumah sebab matlamat buat kuih-muih/pencuci mulut ni selain untuk dimakan ialah untuk menghabiskan apa saja yang tak habis agar tak terbuang.....!!!

All Right! nanti kita inform jadi ke tidak, ok?

Wednesday, October 21, 2009

Pai or Pie?

Hari ni nak try buat pai. Si Tembun sibuk nak makan pai pulak, minggu lepas dia sibuk nak makan nasi telungkup. Alhamdulillah, berjaya ndilaksanakan dan dapatlah beberapa orang teman merasa dan berkongsi resepinya pulak....hehehe....

Petang semalam dia nak makan samosa dan disebabkan kulit popiah yang ada kat rumah hanya yang kecil aje, makanya inti samosa tapi bentuk popiah!! Hentam aje le tembun, janji rasa ade...hehehe...

Ni nak tunggu dia balik sekolah, dia yang nak makan maka dia le kena buat, bondanya hanya jadi tukang ajar aje le....hehehe...harus jadi apple pai ala-ala karipap tu nampak gayanya ni....

Tuesday, October 20, 2009

Tam Cing Pong

Ni yang malas nak bela kucing ni. Entah apa masalahnya dah 2X dia membuang atas tilam bilik belakang. Isk...kalau tak dikenang-kenangkan, mau rasanya nak belasah .

Si Tam Cing Pong ni pulak amik kesempatan sebab tak kena pukul buang atas tilam malah, g tambah pulak lagi...isk..kurang ajar betul....

nak buat camana dengan si Pong ni?

Fikir-fikirkan

Monday, October 19, 2009

Pelik

Pelik juga, selesai PRK di Bagan Pinang, kisah segelintir rakyat Indonesia yang ingin menyerang Malaysia senyap begitu aje. Ada kaitan ke antara serangan itu dengan PRK?

Al-Maklum PD tu kan Bandar Askar!!

fikir-fikirkan

Tuesday, October 13, 2009

Sambungan dari Posting Kita di Tipu

Mari kita lihat sistem seterusnya.

Tempat Letak Kereta Di Hospital.

Kenapa orang pergi ke Hospital? Pastinya bukan untuk bersukaria! Samada sakit atau melawat yang sakit. Cuba lihat berapa charges tempat letak kereta? Bayangkan kalau kita parked dari malam menjelang beberapa hari kerana kita sendiri yang dimasukkan ke dalam wad?! Banyak tu!!!

Wajarkah tempat letak kereta di Hospital dikenakan bayaran? Adakah semua yang ada kereta itu punya wang yang banyak?? sudahlah kesusahan kena berulangalik ke hospital pastinya akan guna wang dan masa yang banyak juga kena bayaran letak kereta lagi.

Fikir-fikirkan

Sunday, October 11, 2009

Kita di Tipu!!

Melihat kepada beberapa isu besar dimana sebagai rakyat dan pengguna kepada sistem pemerintahan yang sedia ada terdapat beberapa kepincangan ketara yang rasanya belum ada mana-mana pihak samada pejuang nasib rakyat ataupun pemusnah nasib rakyat mengambiltahu permasalahan dan mencari jalan membaikpulih sistem yang ada. Nampak gaya nak memusnahkannya lagi ada le.

Antara 2 pekara yang ingin diketengahkan disini ialah:-

(i) Pemerintah yang Zalim dimana Kuasa beraja dimata dan Bersultan dihati:-

Lihatlah kemanakah hilangnya kemanusiaan dalam kes menangani isu demonstrasi jalanan. Lihat bagaimana gas pemedihmata dan air kimia disiram kepada rakyat yang mana terdiri dari anak-anak dan wargaemas. Dimana nilai kewibawan sebagai pemimpin?

Berjayakan kita sebagai pemimpin tapi gagal mempertahankan rakyat? Dimanakah lagi rakyat dapat meluahkan perasaan jika semua ruang dan peluang ditutup/disekat?


(ii) Niat menghalalkan cara

Dalam kegawatan ekonomi dimana ramai yang dibuang kerja dan menjadikan hutang-hutang makin payah untuk dikutip maka dengan izin Bank Negara dan Para Menteri maka banyaklah syarikat pengutip hutang dibuka. Bekerja dengan bank sebagai pengutip hutang.

Bank pulak terus-terusan mengenakan tekanan kepada pelanggan/peminjam agar hutang dibayar dan menubuhkan jabatan-jabatan yang kononnya bertindak membantu pelanggan mengstruktur semula hutang. Malah BNM mengwujudkan AKPK.

Sejauh mana keberkesanan unit ini? Sekadar mengaburi mata orangramai sahaja dan menipu rakyat fungsinya. Orang yang tidak punya pekerjaan aka gaji maka tidak layak untuk menggunakan khidmat akpk!!

Kalau ada gaji tentu boleh bayar hutangkan?

Fikir-fikirkan

dimana teknik an

Friday, October 9, 2009

The Power of Sadaqah

Berkongsi cerita ini bukan berniat untuk menceritakan kebaikan diri tapi ingin menceritakan bagaimana allah menunaikan janjiNya. Cuma samada kita sedar atau tidak akan kedatangan bantuan dan pertolongan Allah itu.

"Duit merah ada sekeping, yang biru kecik adalah 3 keping, lepas Jumaat ni nak pergi KL umah mak....hati dok berbelahbagi tapi ada seorang pandai dulu selalu pesan kat mak, sedekahlah kat mesjid seminggu sekali muga dapat berkatnya........

nak beri berapa yea?...bak kata orang, biasanya yang kecik-kecik ni tempatnya disurau dan mesjid aje le.......Duit minyak, duit tol...macamana ni? Tapi hati kata kena bagi juga, sikitpun tak pe, allah will provide...so seikhlasnya, RM3-00 aje le...tinggal le sekeping RM10-00 dalam dompetku buat pengeras dompet nak ke KL sekejap lagi......

Keluar aje rumah, talipon berdering. "Assalamualaikum wbt...., salam...akak kat mana? Akak dah gerak nak g KL, kamu kat mana? Kat Puncak Alam.oooooooo, kat rumahlah yea? Haah kat rumah tapi nak kuar jugak ni. Nak g mana? Sg Buloh....telekong ada kat mana kak?, ada akak bawak dalam keta ni...ingat nak ambik le.... Jumpa kat Tesco Extra Shah Alam boleh ke? Insyallah boleh kot...k, kita gerak ke sana sekarang....

"dah sampai, sampai call, ada kat dalam .ok, 10 minit lagi sampai.....akak kat mana? ok akak tunggu kamu kat pintu masuk utama.......

Lepas jumpa, jalan sama-sama ke kereta sambil berbual kosong. Sampai kat kereta ambik beg telekong dan ambik dua bagi padanya, dia belek-belek, tenguk muka, tenguk telekong " saya nak semua boleh..."alhamdulillah, boleh apa salahnya, begnye sekali, boleh, ambiklah......"

Berkat derma RM3-00 tadi, allah tambahkan 3 lagi dari 2 yang di tempah menjadikanya 5 pasang. Jika dikira dengan nilai ringgit, tiap seringgit yang didermakan kejalan Allah tadi diberi balik imbalan RM100-00. Sesungguhnya," allah will provide" menjadi kenyataan.

Fikir-fikirkan

Wednesday, October 7, 2009

6 Mutiara Kata dari Imam Ghazali

Soalan 1: = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Imam Ghazali = ' Yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Soalan 2 = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

'Iman Ghazali = ' Yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Soalan 3 = ' Apa yang paling besar didunia ini ?

'Imam Ghazali = ' yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Soalan 4 = "Apa yang paling berat didunia? ' '

Imam Ghazali = " yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan 5 =' Apa yang paling ringan di dunia ini ?

'Imam Ghazali = ' yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Soalan 6 = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Imam Ghazali = ' yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Fikir-fikirkan

Tuesday, October 6, 2009

PHOTOS: Indonesia earthquake - latimes.com

PHOTOS: Indonesia earthquake - latimes.com

Fikir-fikirkan

Matangkah Kita? Rationalkah Kita?


Isu segelintir penduduk Indonesia dari Jawa Barat yang mahu menyerang Malaysia menjadikan segelintir rakyat malaysia cukup marah hingga menghasut agar bantuan kemanusian tidak dihantar ke Padang di Sumatera Barat.


Wajarkah tindakan kita itu? Matangkah kita atau mentaliti kita juga ala-ala mentaliti mereka itu?


Jika kita marahkan mak mertua, wajarkah kita ceraikan isteri kita?, Kita marah anak kita , patutkah kita ceraikan ibunya?


Fikir-fikirkan

Saturday, October 3, 2009

Hulurkan Tangan, Berikanlan Bantuan

Baru saja terima sms dari seorang teman yang terkena musibah gempa di Padang. SMS memberitakan bahawa beliau dan keluarga selamat tapi kehilangan harta benda. Mereka kini tinggal di dalam khemah.

Beliau memohon bantuan agar telekong yang beliau hantar sebelum raya untuk jualan tempoh hari jangan dikembalikan tapi dijual semuanya dengan harapan dananya sedikit sebanyak dapat membantu disaat-saat kesusahan ini.

Oleh yang demikian, keputusan diambil untuk menjual telekong yang ada sebagai jualan amal untuk mengumpul dana buat mereka di Padang. Mereka tidak meminta kita menderma tapi mohon agar kita membeli telekong mereka. Jadi, bukalah hati anda semua agar memberikan simpati dan membantu mereka yang memerlukan ini.

Sepasang telekong dijual dengan harga RM100-00 dan jika ada yang hanya ingin menderma sahaja juga boleh. Lakukanlah kerana Allah Taala dan yang ingin dibantu ini ialah saudara seagama kita.

Muga allah akan melindungi kita dari mara bahaya dan memberikan kekuatan untuk mereka yang terkena bencana dan membuka hati kita untuk membantu mereka dengan cara kita. Ameen......

S

Friday, October 2, 2009

Tsunami datang lagi

Aidil Fitri Berlalu sudah, Kemeriahannya masih terasa namun saudara kita disumetra barat - Padang sedang menghadapai ujian getir dari Allah.

Muga mereka tabah dan redha dengan dugaan ini. Kepada muslimin dan muslimat, marilah sama-sama kita memanjatkan doa kehadrat allah agar kita semua dilindungiNya dari segala mala petaka juga jika diduga, berilah kita kekuatan dan ketabahan dalam menghadapinya.

Amin

Saturday, September 19, 2009

YeaYea Esok Raya!!

Sorakan anak-anak kedengaran riuh rendah diperkarangan rumah. Semua rumah terang benderang dan kedengaran hirok-pikok dengan suara anak-anak bermain, ibu-ibu sibuk didapur manakala yang lelakinya membantu membakar lemang atau merebus ketupat dibangsal belakang rumah atau dibawah rumah.

Api pelita melintuk-lintuk ditiup angin, kanak-kanak berlarian bermain bunga api, seorang ibu duduk termenung mengenang anak yang belum pulang, belum sampai kepangkuannya.......sedih..pilu meskipun dia tahu anaknya akan pulang jua berhari raya tapi tak sama dengan kepulangan sebelum hari raya.

Kesibukan dan kemeriahan dalam menyiapkan persiapan hari raya tidak sama dengan keriuahan tetamu datang bertandang di hari raya.


fikir-fikirkan

Tuesday, September 15, 2009

Tak Mampu Bayar Yuran lagi disuruh menderma.....

Semalam dapat surat peringatan ke 2 dari sekolah untuk menjelaskan yuran tambahan serta derma tabung PIBG. Masalahnya yuran tambahan pun tak mampu nak bayar, nak tambah derma pulak...?? Isk...tak masuk dek akal betul......

Yang peliknya kenapa derma kepada PIBG tu menjadi satu pekara wajib sedangkan kami tak pernahpun memohon jadi ahli....secara lojiknya kalau ada yuran ada keahlian tapi kalau tiada keahlian, yuran tu untuk apa?

Kenapa mesti mewajibkan ibubapa menganggotai PIBG? Perlu ke? Apa peranan PIBG dalam sekolah?

fikir-fikirkan

Namun ku Punya Hati........

Namun ku punya hati...perasaan yang berbaur-baur...antara segan, silu, malu dan ego...........

Kini setahun aku tidak bekerja, makan ape aje, belanja bila ada (heheh...selalunya tak de.......). Mak talipon tanya "raya nak makan ape, nak masak ape, mak sediakan.........ade ke patut mak yang tua, yang tak bekerja tanya "kau nak masak ape? nak makan ape...esok pojie balik mak kirimkan". Kau jangan susah hati, mak siapkan semuanya, kau kan tak kerja......" Tergagap-gagap nak jawap.......

Dush...rasa macam nak lari menyorok bawah katil masa tu......malu pada diri sendiri kerana dah sebegini usia masih dibantu mak...sepatutnya kita yang membantu dia.........

Berapa ramai diantara kita yang perihatin sebagaimana mak perihatin pada kita?

fikir-fikirkan

Sunday, September 6, 2009

Takdir

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tapi allah yang akan menentukan. Dalam sibuk membuat persiapan raya dan majlis perkahwinan seorang hamba allah ditimpa musibah.

Ada yang marah, ada yang merajuk and yang bengang, sedih pilu dan bermacam-macam rasa lagilah. Tapi apakan daya kita tiada seorang pun yang mampu menolak takdir.

Sebagai manusia kita hanya mampu menyerahkan kepada kebijaksanaan Allah.

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan mengiratkan siratulrahim

Hari ini berbuka puasa kat Putrajaya. Rumah Adik Ipar No 4. Minggu lepas rumah adik ipar no 3, minggu depan rumah adik ipar no 5 kot.........

Begitulah kami di sini, mencari ruang dan peluang berkumpul aidk-beradik untuk mengiratkan siratulrahim. Rasanya kami dah mulakan tradisi ni sejak 2 tahun lalu, bagus juga, sekurang-kurangnya semua orang terpaksa beri ruang dan masa untuk berkumpul, bergosip, planning untuk family day ke, bincang projek ke atau just sembang-sembang kosong.

Dapat mengiratkan siratulrahim antara adik beradik, ipar duai dan sedara sepupu. Muga tradisi ini akan diteruskan oleh generasi selepas kami.

27 puasa mak akan datang ke Kl. Rumah siapalah beliau akan menginap nanti yea?

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan kali ini 2

Hmm.............lama tak update blog......hehehe...menyepi bukan tiada tapi menyepi kerana techinical error....error tak bayar bil...hehehehe........

Banyak cerita hendak dikongsi tapi tak tahu mana satu nak cerita dulu....., mungkin cerita pasal buka puasa dulu kot...

Ramadhan pertama berbuka puasa dirumah kami, semua adik beradik sebelah suamiku yang berada dalam selangor/wilayah persekutuan hadir. Ini bagaikan tradisi kami........

Penghujung minggu ramadhan pertama (1st week), berbuka puasa dirumah adik suamiku di Sg Buloh. Sama jugalah konsepnya, hujung minggu ni mungkin di Putra Jaya dan last sekali mungkin di Saujana Utama.........

Hari ni kami berbuka puasa dirumah mak di Ampang. Puasa pertama tanpa ayah disamping kami. Meriah macam biasa aje....Adik sedang dalam proses mengecat rumah mak, dia pasti nak buat mak gembira dan tidak terlalu memikirkan ketiadaan ayah. Menantu mak bila ada peluang akan bawak mak pergi jalan-jalan meronda agar mak tidak rasa kesunyian.

Setakat ini semua orang sedang cuba memenuhi janji pada ayah..........

Wednesday, August 26, 2009

Pergi yang Tak Kembali

Pagi tadi, ibu kepada Kak Ros telah kembali kerahmatullah. Muga allah akan merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama mereka yang menerima rahmatNya. Ameen

Al-Fatihah, Al-Ikhlas (11x),Al-Falaq,(An-Nas) dan doa arwah

Muga bersemadi dengan aman dan buat yang tinggal, teruskan penghidupan kalian kerana kita bakal menyusul, cuma masanya bila kita tak tahu.........

Monday, August 24, 2009

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini lebih sukar dari ramadhan yang lalu kerana ditahun ini sepenuhnya aku tidak bekerja dan simpanan dah habis. Bukan mudah bagi aku mencari pekerjaan baru setelah kehilangan pekerjaan dahulu. Dengan umur yang sebegini memang agak impossible untuk dapatkan kerja namun kita harus terus berusaha tanpa berputus asa sebab allah tak suka hambanya yang berputus asa.

Maka terjadilah aku seorang penjual telekong, telekong dari vietnam dan dari bukit tinggi secara kecil-kecilan melalui internet. Telekong sulam dari bukit tinggi bukan dari kilang dan kualitinya lebihbaik dari telekong yang didapati dari Bandung. Harga agak berpatutan setelah dikira tambang dan cukai.

Setiap telekong berharga RM120-00 termasuk belanja pos. Kadar keuntungan hanya dalam RM10-00 jika ditolak kos penghantaran dan kos sendiri. Sekiranya ada sahabat diluar sana ingin membeli telekong bolehlah hubungi saya di rahamah@gmail.com . Anda secara tidak langsung membantu saya mencari pendapatan. Muga di Ramadhan ini menjadi titik tolak saya sebagai peniaga sebagaimana disarankan islam.

Insyaallah telekong Bukit Tinggi ni agak ekslusif kerana home made. Disamping membantu saya menjana pendapatan, anda juga membantu sosio ekonomi masyarakat minangkabau yang rata-ratanya islam. Insyaallah duit kita itu akan digunakan untuk pembangunan masyarakat islam disana.

Telekong vietnam rasanya ada banyak dipasaran tapi saya membantu seorang ibu tunggal membuat jualan. Harga yang diberi kepada saya ialah RM90-00 sepasang, kainnya elok, coraknya cantik - inilah dua dalam satu......membeli sambil beribadah....

Sepekara lagi saya mengadakan package cuti melawat Tanah Minang pada 16-19 November 2009 nanti. Harga ialah RM850-00 selama 4 hari 3 malam (2 malam di Bkt Tinggi dan semalam di Padang). Saya mengajak anda semua bersama saya menikmati kenyamanan bukit tinggi dan mengenali budaya minang dan adat pepatih, melawat pagar ruyung, batu sangkar, perusahaan sulaman ibu rosmah, shopping di butik siti nurhaliza (butik dimana siti nurhaliza bershopping di bukit tinggi).

Anda hanya perlu bayar RM200-00 sebagai tempahan tanda jadi dan selebihnya sebelum kita berangkat. Duit disertakan dengan nama dan no i/c (untuk tempahan tiket kapalterbang). Passport harus diuruskan sendiri.

So sesiapa yang berminat bolehlah e-mail saya.....kalau ada kelab sukan atau kelab ibubapa nak pergi pun boleh, lebih ramai lebih bagus sebab ada special discount untuk tetamu yang melebihi 20 orang......

Saya harap adalah antara kita yang sudi menghulurkan tangan membeli barangan saya sambil beramal kerana anda membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Saya ni tak layak dapat bantuan zakat atau baitulmal sebab saya sihat dan masih boleh berusaha, kalau nak dikira pendapatan memang tak de....duit makan pun harap anak sulung saya beri. Beliau kerja sendiri, kalau ada rezeki beliau, beliau tidak lupa menghulur sendikit buat saya dan ayahnya.

Saya hanya mampu mendoakan agar beliau dimurahkan rezeki dan beroleh pendapatan yang lumayan dan menjadi anak yang menyenangkan hati ibubapa. Ameen

Sunday, August 16, 2009

Hidup Menjadi Bermakna

By: Prof. Dr. Achmad Mubarok MA


Hidup menjadi bermakna sangat erat hubungannya dengan pandangan hidup yang dianut. Jika seseorang memiliki pandangan hidup (way of life) yang benar, maka peluang untuk membuat makna dalam hidupnya sangat terbuka. Sebaliknya pandangan hidup yang keliru akan membuat keliru juga dalam mengambil keputusan yang akan berakhir bukan saja hidupnya menjadi kurang atau bahkan tidak bermakna, tetapi ada kemungkinan justeru merusak, merusak dirinya dan merusak orang lain.
Manusia adalah makhluk psikologis yang menganut suatu makna. Dalam psikologi komunikasi ada ungkapan world don’t mean, people mean; kata-kata itu tak memiliki makna, manusialah yang memberi makna. Manusia adalah makhluk yang mampu memberi makna terhadap obyek. Obyek yang sama mungkin diberi makna berbeda-beda oleh orang yang berbeda. Senyum biasanya dimaknai sebagai keramahan, tetapi bagi orang yang sedang sakit hati kepada seseorang, maka senyuman orang itu bisa dimaknai sebagai penghinaan atau ngeledek. Senyuman ibu tiri sering dimaknai buruk oleh anak tiri, berbeda dengan persepsi anak kandungnya. Senyuman yang sama berdampak menyejukkan bagi seseorang, dan mungkin berdampak menyakitkan bagi seseorang yang lain. Apa makna sesuatu bergantung kepada persepsi tentang fungsi dari sesuatu itu. Mata dipandang bermakna jika berfungsi untuk melihat, telinga dipandang bermakna jika berfungsi untuk mendengar, mobil dipandang bermakna jika berfungsi sebagai kendaraan, suami dipandang bermakna oleh isterinya jika ‘berfungsi’ sebagai suami, presiden dipandang bermakna oleh rakyat jika berfungsi sebagai pemimpin. Begitulah seterusnya segala sesuatu, tingkat bermaknanya bergantung kepada tingkat fungsionilnya
Manusia hidup di muka bumi memiliki berbagai fungsi, bagi dirinya, bagi keluarganya, bagi masyarakatnya, bagi bangsanya, bagi dunia dan bagi alam sekitarnya. Ada orang yang merasa dirinya bermakna tetapi tidak dipandang bermakna oleh orang lain, sebaliknya ada orang yang merasa dirinya bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa, tetapi orang lain sangat menghormatinya.
Ada orang yang tinggal berada dalam suatu lingkungan dalam waktu yang lama, tetapi kehadirannya tidak berpengaruh apa-apa bagi lingkungan masyarakatrnya maka ia tidak dipandang bermakna, hadirnya tidak membuat genap, dan absennya tidak membuat ganjil. Sebaliknya ada orang yang hanya melintas sebentar dalam kehidupan masyarakat, tetapi karena kehadirannya membawa perobahan besar kepada tatanan masyarakat maka sepeninggal orang tersebut namanya masih selalu disebut, gagasannya masih selalu didiskusikan, pendapatnya masih selalu dirujuk orang. Waktu yang sebentar tetapi fungsional dalam membawa perubahan, maka kehadiran sebentar itu dipandang sangat bermakna, sehingga mungkin nama orang itu diabadikan dalam nama jalan atau gedung, atau bahkan banyak bayi lahir yang kemudian diberi nama dengan nama orang itu.
Hidup menjadi bermakna sangat erat hubungannya dengan pandangan hidup yang dianut. Jika seseorang memiliki pandangan hidup (way of life) yang benar, maka peluang untuk membuat makna dalam hidupnya sangat terbuka. Sebaliknya pandangan hidup yang keliru akan membuat keliru juga dalam mengambil keputusan yang akan berakhir bukan saja hidupnya menjadi kurang atau bahkan tidak bermakna, tetapi ada kemungkinan justeru merusak, merusak dirinya dan merusak orang lain. Pandangan hidup dipandu oleh konsep budaya dan oleh keyakinan agama. Budaya yang tinggi akan melahirkan makna penting dan besar, budaya yang rendah akan melahirkan makna yang rendah pula. Keyakinan agama yang lurus akan melahirkan kehidupan yang benar-benar bermakna, sementara akidah agama yang keliru atau sesat akan menyesatkan penganutnya pula dan berujung pada kehadiran yang tak bermakna atau bahkan merusak.
Wassalam,agussyafii

Tuesday, August 11, 2009

Naik Court!!!!

Dah lama tak update sebab ada terlalu banyak benda hingga tak tahu mana nak ditulis dulu. Ni kes mood jugalah.

Lepas raya ni kena naik mahkamah - takut? mesti!. Tapi kena g jugak sbb sapa yang boleh bantu kita kalau tak kita sendiri. Nak upah lawyer tak mampulah pulak.....

Entahlah muga Allah memudahkannya untuk ku. Ameen

Saturday, August 1, 2009

Apa?..........nak kawin lagi????

Semalam ikut rombongan Mak Su g ke majlis bertunang anak nya di Hulu Langat. Meriah sungguh....ala-ala majlis perkahwinan pulak..............ala...bertuahnya badan........

Yang cantiknya, hanya kedua belah pihak (keluarga) sahaja yang hadir dalam majlis tersebut, perbincangan antara 4 mata (kedua ibubapa) dimulai dengan selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Kita dan diakhiri dengan doa.

Kan elok begitu dimana bakal besan bermuafakat dalam perbincangan mengenai anak mereka - eloklah kalau ini jadi ikutan kerana anak-anak kita jadi kenapa mesti ada orang yang menjadi wakil bagi pihak kita dalam urusan perkahwinan anak kita?

Lebih mudah kita bersua, berbincang dan bersemuafakat dalam menentukan masa depan perkahwinan anak kita.......

Hantarannya RM6,085 (6 mengambil sempena rukun iman 6 pekara dan 85 adalah tahun kelahiran kedua bakal pengantin dan diadakan pertunangan pada hari lahir bakal pengantin lelaki bersamaan dengan 10 syaabaan yg penuh keberkataan.

Perbincangan dilakukan pada waktu dhuha dengan doanya sekali. Muga Allah akan memberkati kedua insan yang bertuah ini juga, ibubapa mereka dan semua yang hadir.

Sunday, July 26, 2009

Terima Kasih Anak-Anak

Terasa dihargai dan disayangi.......terima kasih. Dengan susahpayah dan menempuh berbagai cabaran maka dapat juga mereka merealisasikan sambutan hari lahirku yang ke 48 sebentar tadi. Semua hadir - 5 org anak lelaki, adikku dan isteri dan ibu. Kebetulan hari ulang tahun kelahiran adikku adalah esok.......

Semua meluangkan masa dan sama-sama meraikan tarikh ini. Terima Kasih anak-anak juga 2 orang teman mereka muga allah akan sentiasa memberkati kita semua dan dirahmatinya selalu. Ameen.......

Wednesday, July 22, 2009

Ikhlaskah kita?

Hari ini nak sentuh sikit pasal buat amal kebajikan, bersedekah, beribadat dengan mengira-ngira atau menghitung-hitung jumlah pahala yang akan diterima atau jenis ganjaran yang bakal diterima.

Umpamanya, jika kita bersolat di Masjidilharam maka pahala yang akan diperolehi ialah sekian banyak, jika kita bersolat jamaah maka sekian pula ganjarannya, jika kita bersedekah sekian jumlah pahala yang bakal kita terima........persoalannya sekarang adakah kita ikhlas dalam melakukan sesuatu itu atau melakukannya kerana mengharapkan ganjaran/pahala agar nanti kita boleh masuk syurga?

Bukankah kita sepatutnya melakukannya kerana allah ta'ala (lillah hi taala)? Bukankan masuk syurga atau neraka itu atas rahmatnya allah? Cuma allah berjanji bahawa yang baik akan dapat balasan yang baik dan yang jahat akan dapat balasannya juga..........

Bukankah sudah ada diriwayatkan suatu kisah dimana seorang hamba allah yang mahu masuk syurga atas ganjaran ibadatnya mendapati bahawa ganjaran ibadah yang dilakukan sepanjang hidupnya tidak dapat mencukupi timbangan untuk masuk ke syurga?

Rasanya eloklah para guru kita memberikan kesedaran kepada semua bahawa solat, beribadat, bersedekah itu adalah tanggungjawab kita sebagai umat islam. Ia menjadi garispanduan sebagai seorang islam. Elok jika dibangkitkan kesedaran berbuat sesuatu itu kerana allah ta'ala bukan kerana mengharap balasan/ganjaran yang bakal diterima selepas itu.

Jika berbuat sesuatu dan mengharapkan balasan, ia menjadi tidak ikhlas dan bila tidak ikhlas tiada apa ganjaran pun yang diterima.........

fikir-fikirkan

jumberapa

Tuesday, July 21, 2009

Terima Kasih Mas Agus

Terima kasih kepada Mas Agussyafii, tulisan-tulisan Mas banyak memberikan saya kesedaran jua mengajar saya lalu saya mencedok tulisan-tulisan yang berkaitan dan dipanjangkan ke blog MAQDI dengan tujuan berkongsi ilmu.

Muga Mas akan memberikan saya keizinan tanpa batas dalam melebarkan tulisan-tulisan serta ilmu yang dibawanya bersama kelapangan yang lebih luas lagi.

Muga Allah memberi keberkatan kepada Mas dan semua yang mendapat manafaat dari tulisan-tulisan Mas. Muga ia menjadi jariah buat MAs nanti.

Menyeru kepada kebaikan dan kebajikan tidak membataskan hanya kepada penyeruan kemasjid, meninggalkan yang mungkar dan bersedekah. Penceritaan (mendongeng) juga satu alternatif dakwah yang berkesan. Jadi, ambilalah peluang yang ada, dalam apa cara sekalipun dalam menyampaikan ajaran islam kepada umat manusia.

Fikir-fikirkan

Monday, July 13, 2009

Antara kelulusan dan Sikap

Emm.............lagi dengar rungutan tentang orang-orang yang bekerja di Pejabat Agama dan seangkatan dengannya.

Mungkin saya silap kerana meletakkan suatu tahap yang tinggi pada mereka-mereka yang bekerja di Pejabat Agama kerana saya yakin mereka mempunyai ilmu dan kelulusan yang betul ketika diambil bekerja disitu.

Mungkin bukan ilmu atau kelulusan yang silap tapi sikap manusia itu sendiri? Mungkin juga tapi jika jiwa da dididik dengan islam dan kehidupan disandarkan kepada islam maka bagaimana sikap tidak menunjukkan "keislaman" itu.

Ada sesiapa boleh beri pencerahan kepada isu ini? Mari kita sama-sama fikirkan dimana silap dan salahnya.

fikir-fikirkan.

Saturday, July 11, 2009

Mengikut Adat sedangkan hidup tak beradat

Ingat musim cuti sekolah dah tamat maka berakhirlah sementara majlis pertunangan atau perkahwinan, rupa-rupanya tidak..., majlis-majlis begini tetap berjalan seperti biasa .....

Malam ni pergi ikut sepupu pergi merisik untuk anak lelakinya. Bagi orang yang tidak pernah melalui proses ini (belum lagi) agak peliklah kerana apa yang saya faham, merisik itu adalah untuk bertanya samada sigadis yang kita suka itu sudah berpunya atau belum dan adakah mahu keluarganya menerima pinangan kita. Yang jadi pelik sikit tu ialah keluarga perempuan dah kenal dengan budak lelaki ni dan budak lelaki ni selalulah bertandang ke rumah keluarga budak perempuan ni....(maknanya dah kenal-mengenal dah dan dah taupun samada berpunya atau tidak kan....?!) Kenapa kena merisik jugak? Kan elok kalau terus tunang aje.....Jimat masa dan tenaga juga wang ringgitnya....

Tak kan kira nak ikut adat sedangkan kita sendiri tak beradat........(habis dah selalu jumpa dan pergi bertandang ke rumah tu ikut adat ke?)

Fikir-fikirkan

Wednesday, July 8, 2009

H1N1, selsema Babi, Selsema Burung, Sakit Kuku dan Mulut

H1N1? Selsema Babi?

Sakit ape ni? Dia macam Je ka? atau macam selsema burung? atau macam sakit kuku dan mulut?

Kalau macam selsema burung, pembawa penyakitnya ialah burung dan kena pada jenis burung dan kaum sejenis dengannya, jadi puncanya ialah burungkan dan kerana manusia makan ayam yang sejenis dengan burung makanya logik jugalah penyakit tu kena pada manusia.

So, kalau kita guna teori diatas dan apply kat selsema babi ni, macamana? Sapa yang makan babi maka tededahlah pada sakit ini. Betul ke?

fikir-fikirkan

Tuesday, July 7, 2009

Selsama Babi - Gimik aje?

Selamat Bertemu Kembali.

Alhamdulillah dah selamat kembali ke rumah. Demam pulak.......bimbang juga kot-kot H1N1 tapi alhamdulillah, dah sihat sikit dah.

Ini semua gara-gara seorang peserta yang demam tempohari, semua jadi takut dibuatnya.....ialah bila kita tak faham kita akan risau, bebayang pun dikatakan hantu!

Bila melalui airport, selain disuruh mengisi borang, tak ada apa pun yang dilakukan bagai yang diwar-warkan seperti screening dan sebagainya, isi borang tu aje kot screeningnya lagipun kami bukan datang dari daerah yang tercemar tu. Jadi, itu mungkin salah satu sebab mengapa screening untuk kami semua camtu aje.

Sekiranya adalah kes yang melibatkan sesiapa pun dalam kapalterbang kami tu, waduh pasti semua akan di kuarantin tapi sebelum itu sempat jugalah menyebarkan nya kemana-mana kerana sejak balik dah banyak tempat dikunjungi dan dilalui. Rasanya langkan kuarantin dirumah ni bagaikan melepaskan batuk ditangga aja.

Cuba sama-sama kita renungkan dan fikir-fikirkan

Monday, July 6, 2009

Sudah Pulang!!!

Aduhh......capek bangat......... namun alhamdulillah selesai sudah dan dah selamat pulang ke rumah. Alhamdulillah, puji-oujian untukmu Allah dan kerana mengizinkan segala berjalan lancar dan tiap yang pergi dapat menyempurnakan misi apa yang mereka bawa ketika mereka pergi.......

Muga Allah memperkenankan dan mengizinkan ini menjadi punca rezekiku dihari-hari kedepan.....baik untuk ku senang untuk orang........

Fikir-fikirkan

Wednesday, July 1, 2009

Posting Terakhir?

Hehehe..............mungkin untuk minggu ni kot.

Hari ni nak berbicara tentang Polis Traffic Light (Kata sebelum dan selepas..hehehe...). Kita ingin memperkatakan tugas polis trafik yang mengawal selia traffic light waktu puncak dengan traffic light berfungsi dengan elok.

Waktu traffic light rosak tak delah pulak polis ni nak kawal selia (traffic light yg selalu rosak tu yang dekat depan BP Tmn Sri Muda naik ke Kesas Highway); rasanya semusim sekali baru nampak polis traffik kat situ tapi lampu confirm selalu rosak.........

Permasalahannya ialah jika polis pengawal selia dan lampu berfungsi baik, rasanya yang berisiko ialah pemandu sendiri - nak ikut lampu atau polis? Dalam keadaan yang beratur panjang dan kesesakan yang nyata dengan polis terlindung dari pandangan mata , pemandu boleh jadi keliru dan kemalangan boleh berlaku.

Bukankah baik jika Polis Traffik berfungsi, kita matikan fungsi traffik Light so selain boleh jimat letrik boleh juga mamastikan risiko kekeliruan tu tak de.....

Fikir2kan.

Kebakaran yang tidak dilapurkan oleh Media Massa. Kenapa?

Entah.

Tadi kebetulan bertemu seorang wartawan dari sebuah akhbar dan tanya dia samada tahu atau tidak mengenai kebakaran tu, jawapannya tahu tapi kenapa tiada liputan? Tiada arahan untuk buat story tentang kebakaran tu.........

Adalah difahamkan kebakaran mengambil masa yang agak lama untuk dipadamkan kerana masalah Pili Bomba tu dan bomba tarik air dari bandar puteri sebuah penempatan berhampiran.

Yang menjadi tandatanya ialah kenapa tiada liputan....kilang haram? PBT bimbang nak kena jawab banyak benda?

Fikir-fikirkan

Tuesday, June 30, 2009

Paip atau Pili Bomba

Ilah ingat hari nak hujan so dia tarik masuk ampaian tapi dia rasa pelik kenapa awak hitam bergerak-gerak lalu dikejutnya si ayah (siayah siesta) dan ambik talipon untuk rakam video.

Rupa-rupanya bukan awan hitam hari nak hujan tapi asap tebal akibat kebakaran sebuah kilang berhampiran Taman Perumahan kami. Waktu itu kira-kira jam 4 petang dan menurut Ilah bomba tiba pada jam 4.30 petang.

Sampai ke malam kelihatan aktiviti dikawasan kebakaran tersebut, yang kami bimbang ialah gas beracun kerana dulu dah pernah terjadi, alhamdulillah sampai ke pagi ni tak ada apa-apa tapi yang kelakarnya paip bomba tak ada air untuk memadamkan api.

Tugas siapa memereksa paip atau juga dipanggil Pili Bomba secara berkala? atau memang tiada dalam polisi Bomba bahawa mereka kena pereksa pili bomba secara berkala, manalah tau rosak ke, tersumbat ke. Maklumlah dibiarkan tanpa digunakan sehingga perlu digunakan......

Alahai, longkang pun tersumbat kalau tak dibersihkan. So, Pak Bomba, bagaimana sih? Tidak perlu selenggaraan?

Fikir-fikirkan

Monday, June 29, 2009

Bank Rakyat

Sapa tak kenal bank rakyat? Iklan bukan main gak di TV "Saya mesti pilih Bank Rakyat".

Isk...saya kalau ada pilihan, saya tentu tak pilih Bank Rakyat - service dia, subahanallah antara yang terburuk (mungkin) tapi bukanlah semua cawangan......

Untuk berlaku adil, kita namakan cawangan-cawangan tersebut - Port Klang - pegawai pergi makan ikut time jadi segala urusan berkaitan dengan pegawai ini perlu ditangguhkan sehingga beliau kembali. Time makan dia adalah pukul 12-00 hingga 2 petang.

Baik tutup aje bank tu dari pukul 12-00 hingga 2 petang. Pelanggan pun tak payah tunggu berjam-jam lamanya.....

Jalan Pasar (Tak pasti apa nama branch ni); kalau tak silap ada 4 kaunter tapi operasinya sentiasa 1 kaunter sahaja dan sistem ar-rahnunya acapkali rosak. Saya rasa bukan sistem rosak tapi pegawai tu selalu tak de dalam pejabat............

Sebenarnya saya mengenali pegawai-pegawai Bank Rakyat diperingkat Head Office (sepupu saya pun adalah salah seorang orang besar dalam HRDnya juga ada anak-anak sepupu saya yang jadi branch manager Bank Rakyat) dan saya berurusan dengan Head Office Bank Rakyat semasa saya bekerja dahulu.......

Kalau dilihat dari iklannya dan kesungguhan ibupejabatnya memang Bank Rakayat boleh jadi bagai yang diiklankannya namun kerana segelintir pegawai dan cawangan yang bermasalah, maka cita-cita Bank Rakyat mungkin hanya akan tinggal cita-cita jika tiada penguatkuasaan diambil.

Kerana nila setitk, rosak susu sebelanga. Fikir-fikirkan.............

Sikap Pekerja Perkim

Hari ini teman saya memngalami pengalaman yang begitu "manis" katanya namun bagi saya pengalaman beliau itu amat memalukan saya sebagai seorang Islam.

Bagaimana Islam dapat bertapak dihati bukan islam jika perlakuan yang "bodoh-bodoh sombong"mereka yang kononnya beragama islam dan yang paling menyedihkan kerana mereka bekerja dengan Perkim dimana semua orang tahu Perkim adalah pusat sehenti bagi saudara baru.

Memanglah teman saya tu rupanya macam cina, apeklah senang kata (maaf Pak Ya :D), beliau kenal dengan pengarah PERKIM, malangnya hari ini Pengarah Perkim tidak berada dipejabat tapi berada di Kangar.

Tuan Pengarah telah mengarahkan anak buahnya melayan teman saya ini. Alhamdulillah, tiada insiden yang memalukan. Namun apa yang dikesalkan beberapa maklumat yang diminta tiada dalam simpanan pegawai yang bertugas . pelik? tapi benar.

Teman saya telah diarah ke pejabat PERKIM Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki, maka bermula kisah sadis seorang Mudir.

Bermula dengan tidak menjawab salam walaupun telah berkali-kali dilaungkan hinggalah memulangkan name card kepada teman saya tadi. Beliau telah dibiarkan berdiri diluar grill yg bertutup tanpa dipelawa masuk ke pejabat hinggalah urusan selesai.

Beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan........beliau bukan muallaf tapi mudir sebuah maahad. Bayangkanlah jika yang datang itu seorang muallaf yang mencari perlindungan atau pertolongan, kesian dia.

Apakah tanggapan dia pada orang Islam? Fikir-fikirlah.

Sunday, June 28, 2009

Antara sms, chatting dan penulisan yg formal

Beberapa hari kebelakangan ni banyak yang berlaku sampai tak sempat nak update blog..kekadang tu ada benda yang nak ditulis tapi tak punya keupayaan untuk menyusun kata-kata.

Kalau terlalu panjang dan meleret nanti jadi macam teks ucapan pulak tentu bosan membacanya tapi bagaimana nak menulis pendek dan bernas tapi tetap interesting? Tentu sipenulis perlukan asas bahasa yang bagus dan bakat menulis, tak gitu?


Dengan dunia sms and chatting menjadi cara hidup hari ini bisakah dicapai penulisan yang baik dan idea yang bernas serta dapat memaparkan tulisan-tulisan yang bernas dan menarik?

Fikir-fikirkan

Wednesday, June 24, 2009

Berhenti Kerja?

Kenapa?
Boleh ke?
Cukup ke?

Kita selalu kata: Rezeki dari Allah tapi kenapa tak berani berhenti kerja?. kenapa jadi stress bila diberhenti kerja?

Tak percaya yang rezeki itu dari Allah ke? atau percaya tapi tak yakin?

Ada yang sanggup mempertaruhkan maruah dan harga diri janji jangan diberhentikan kerja, ramai yang mengadai maruah dan agama kerana bimbang kena buang kerja. Ramai yang stress bila dengar akan deberhentikan kerja.

Kerja......tak kerja...tak de gaji...tak de gaji...tak de duit...tak de duit nak hidup cam mana? So, sekarang ni mulut kata rezeki dari Allah tapi hati dan akal bagai mempertikaikannya........

Fikir-fikirlah!

Monday, June 22, 2009

Create Budaya Baru

Kita ini hidup dalam masyarakat yang turun menurut mengikuti adat dan budaya yang dibawa lama dahulu dan ia menjadi sebahagian dari kehidupan kita hari ini.....

Bila ayah meninggal baru-baru ni, kami create budaya baru dimana majlis tahlil dan bacaan yasin untuk beliau kami buat setiap malam Jumaat dan kami akan sedekahkan makanan buat ahli-ahli surau dengan niat jika ada pahalanya, minta Allah kifarahkan kepada arwah ayah.

Jadi kami tidak terikat pada budaya 3hari, 7 hari, 40 hari, 100 hari tu. Alhamdulillah kami rasa tenang dan bahagia juga yakin arwah disana bahagia.

So, Ramadhan kali ini saya nak cuba createkan budaya yang baru dan mengajak semua sahabat bersama saya iaitu membudayakan membeli telekong baru untuk diguna waktu terawih dan hari raya.

Bilamana aje kedatangan Ramadhan, kita sibuk menyediakan persediaan menyambut raya, baju baru, langsir baru, kereta baru, perabut baru, nasib-nasib bini baru tapi telekong dan sejadah jugalah yang lama punya........

Apa kata ditahun ini kita mulakan budaya baru dengan tak payah beli baju baru, perabut baru tapi kita beli jubah baru, telekong baru muga ia akan memberikan motivasi tuk kita lebih beramal di bulan ramadhan yang mulia ni. Maklumlah jika kita berjaya melalui tahun ini, tahun depan belum tentu lagi kita akan terus berada disini untuk menyambutnya.

Fikir-fikirkan.

Fikir-fikirkan

Alhamdulillah, makin hari makin sihat. Begitulah jika Allah ingin menguji kita, sikit aje nikmat dia ambik, dah jadi keluh kesah kita dibuatnya.......Itu pun ada masa-masa tak ingat nikmat yang allah bagi!!!

Begitulah, sebagai manusia selalu aje alpa, tak bersyukur hingga bilamana nikmat dah ditarik barulah kita sedar betapa selama ini kita terlalu mengambil mudah akan nikmat yang allah
kurniakan.

Sentiasalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan tiada dan sentiasalah bersangka baik pada Allah - Dia yang maha mengetahui samada sesuatu itu baik atau tidak untuk kita.

Memetik message dari seorang teman baru-baru ini:-

Bilamana Allah mengambil sesuatu nikmat dari tangan kita bukan bererti Ia merampasnya tetapi dia ingin meletakkan sesuatu yang lebih baik disitu.

Fikir-fikirkan

Tuesday, June 16, 2009

Selamat Pengantin baru buat semua pengantin

Selamat Pengantin Baru buat semua yang baru melangsungkan dan yang akanmelangsungkan perkahwinan. Bagi ibubapanya pula selamat menerima menantu..........satu pesanan:-

Jika hendak mak kita dihormati dan dikasihi macam kita sayang dan kasih kat mak kita, maka hormatilah mak dia macam kita hormati mak kita.......begitu juga dengan ayah dan ahli keluarga yang lain.

Yang perempuan harus ingat bahawa sebagai isteri anda hak suami dan sebagai ibubapa juga harus ingat yang anak perempuan kita itu bukan lagi hak kita, gugur hak kita bila selesai ijabkabul.

Kita kena ingat bahawa hari ini kita menantu orang, pada satu hari nanti , kita pulak mak mertua orang.

"Ingat"!!

Friday, June 12, 2009

antara kasihsayang, tanggungjawap atau.......

Alahai....masih tak bermaya lagi. Dah hari ke 5 ni...namun alhamdulillah ada perubahan kearah permulihan.

demikianlah kehendak allah, datang dan perginya kehendak allah jua. Sebagai hamba harus kita redha namun harus juga berusaha supaya pulih.

Kalau nak dikira dan dibanding dengan orang lain memanglah tak seberapa, tak berat mana pun tapi bagi yang menanggungnya ni memang terasa sakit sesangat......ialah kalau dibandingkan dengan mereka yang menjalani pembedahan, sakit tulang, sakit kanser, apa sangatlah demam selsema ni tapi menangis juga memalam bila sakit urat tu....hehehe...bayanglah org tua menangis sakit.....

Hari ke 4, bila dah menangis dan ketawa pada masa yang sama, si ayah pun apa lagi, talipon semua anak-anak balik - balik2, mak kamu demam ni....hehehe......panik le tu...........

alhamdulillah, baliklah mereka semua......balik atas rasa kasihsayang atau tanggungjawap atau takut kat ayah? hehehehe...apa pun bersyukurlah dengan apa yang ada dan apa yang allah anugerah kat kita.....

Wednesday, June 10, 2009

Besarnya Kuasa Allah

Hari ini mari kita kongsi sebuah cerita dari guru saya yang baru pulang dari New Zealand. Saya mengkagumi semangat beliau dan ingin berjaya seperti beliau.

Mari kita ikuti kisah beliau :-

"kami memang tak berduit...tak tahulah macam mana dapat pergi ke NZ. Sepanjang malam saya menangis, berderai air mata ketika solat kerana doa dalam solat itu makin terasa selepas menziarah new zealand. saya pergi dengan niat melihat kebesaran ALLAH, saya turun dari rumah seperti orang yang hendak melaksanakan haji dan umrah, solat musafir, doa, sedekah dll, kemudian bergerak dengan satu niat yang amat kuat dalam hati MELIHAT KEBESARAN ALLAH - BERTAFAKKUR...sesungguhnya memang ALLAH telah perkenankan niat saya, saya juga berjaya mengaplikasikan ilmu fiqh dan usul fiqh yang saya belajar, saya didik anak saya bagaimana bersolat di mana sahaja, bumi ALLAH kena sujud...sesungguhnya perjalanan ke NEW ZEALAND bukan perjalanan> sembarangan...setiap nafas saya sedut, ada rasa gegar perkataan ALLAH di situ, saya sendiri terkejut kerana lafaz ALLAH dalam hati itu macam boleh didengar di telinga sendiri...ini bukan perjalanan sembarangan bagi saya....saya latih suami, anak-anak, puan kena pergi ke NZ, Japan tidak begitu, kita kagum juga dengan modennya teknologi, tetapi KAGUM melihat bumi ciptaan ALLAH gunung yang bersinar, merah, biru, putih, sehingga saya rasa lutut saya bergetar, seperti jantung saya. saya melihat sebatang pokok (hanya sebatang sahaja) daunnya merah, biru, putih, oren, hijau...saya ternganga, melihat tasiknya yang berwarna biru seperti water color, melihat kambingnya berjuta ekor di padang yang luas, melihat lembunya yang setiap kali melangkah, susunya berjejeran.....melihat pokok epal yang buahnya bertaburan di atas tanah, tetapi pokoknya hanya ranting sahaja, tak berdaun, hanya buah semata-mata buah...sehelai daun pun> tak ada....subnaALLAH... puan kena pergi...

Muga allah akan membuka ruang untuk saya mengikuti perjalanan beliau dalam mencari kebesaran Allah.

Monday, June 8, 2009

Komen atas Komen

Salam

Kedapatan satu komen pada posting apakah perbezaan antara bank dengan ah long - penulis komen menyifatkan bahawa jika sesiapa yang tak tahu perbezaan anatara bank dan ah long merupakan orang yang tak baca surat khabar dan katak bawah tempurung.

Saya ingin bertanya kepada penulis komen tersebut samada belliau membaca keseluruhan posting atau hanya baca kepada tajuk posting dan terus komen?

Jika itu yang berlaku, saya sarankan posting tersebut dibaca keseluruhannya dan apa yang ingin ditonjolkan oleh penulis posting tersebut ialah PERSAMAAN ANTARA BANK DAN AH LONG bukan sebaliknya......

bank dan ah long tiada bezanya bagai CD original dengan CD pirate....Itu aje....

Bank dan Ah Long - Ap Bezanya?

Ahlan Wah Sahlan

Bank adalah institusi kewangan yang diberi lesen untuk memberi pinjaman kepada orang ramai dengan dasar-dasarnya mengikut garis panduan dari BNM sedangkan Ah Long adalah samada berlesen atau tidak memberi pinjaman kepada orangramai. Benarkah begitu?

So, apa bezanya Ah Long dengan Bank? Tak Ada bezanya!!. Tak Caya.......? Mari kita lihat senerio dibawah:-

(i) Bank akan serah fail kewangan anda kepada bill collector untuk kutip hutang. Bill collector ni sapa ngan bank? Bagaimana dengan BAFIA Act dimana Bank tak boleh mendedahkan maklumat pelanggan Bank kepada pihak ke 3 tanpa kebenaran? Mana BNM sebagai pemantau?

So, Ah Long pun lebihkurang begini juga Modus Operandinya kan............? Yg belum didengar pelanggan bank kena kurung macam along tu buat lagi tapi kalau ugutan ni dah bersepah dah......

Jadi apa perluanya Bafia act dan BNM sebagai pemantau bilamana tidak ada yang membezakan Ah Long ngan Bank afterall?

(ii) Overdue interest bank adalah 18% harian. Ah Long? So apa bezanya........

Bezanya:-

Bank boleh menyebabkan anda diistiharkan Muflis dengan bantuan mahkamah dan undang-undang kerajaan malaysia tapi ah long boleh menyebabkan anda kehilangan nyawa...tu aje......

Tapi kalau kena terima surat mahkamah, panggilan talipon hari2, agak-agak boleh tak mati kena heart attack atau stroke darah tinggi?

Fikir-fikirkan.......

Thursday, June 4, 2009

"Saya Hanya Menjalankan Tugas"

Pernah dengar perkataan diatas? Selalukan.......bilamana berada dalam situasi yang terkepit dah tak boleh nak jawab, mereka akan menjawap "saya hanya menjalankan tugas aje......."

Pernah sekali saya tulis - "don't tell me you just doing your job - because you don't even know the meaning of the words!". Tulis dengan nada marah tu...........

Dalam Islam dituntut jika yang mempunyai kuasa itu membantu yang lemah dan tidak berkuasa, yang kuat membantu yang lemah, yang cerdik membantu yang kurang cerdik, yang kaya membantu yang miskin - Meletakkan hak pada yang berhak. Itu tuntutan Islam.

Jadi kepada penjawat awam fikirkan sebelum anda berkata "saya hanya menjalankan tugas", kalau dengan saya memang kena tuding jari kat muka "you don't even know the meaning of the words"!.

Contoh:-

Penguat Kuasa Bandaraya

meruntuhkan rumah kediaman - tempat tinggal, gerai tempat mencari rezeki, surau tempat beribadat.

Bagaimana anda nak jawab pada Allah nanti?

Wednesday, June 3, 2009

Pasrah

Dalam kerinduan hati, kebuntuan fikiran, masih ada angan-angan. Nak bawak mak bercuti ke Bukit Tinggi Indonesia pada 4/7/2009 ni. Akan berjayakah misi ini?

"Tanya pada abang, tanya pada adik, aku malu....." begitulah lirik dari sebuah lagu. Tak ingat pulak tajuk atau siapa penyanyinya, namun aku yang tak punya abang ni mau tanya sama siapa yah?

Hanya padamu Allah tempat ku mengadu, hanya padamu Allah aku mohon pertolongan, jika kau redha akan daku, maka permudahkanlah segala usaha-usahaku, muga aku bisa membuat ibuku bahagia. Bukan itu juga tuntutan dari mu ya Allah?

Berilah hambamu ini kekuatan dan keluarkanlah hambamu ini dari belenggu ini ya Allah. Jadikanlah hambamu ini seorang yang punya kekuatan dalam semua segi - kewangan, keikhlasan, kesihatan, ilmu dan apa jua yang perlu untuk menjadi mujahidmu ya Allah. Sesungguhnya tiada yang lebih mengerti akan isihatiku melainkan mu ya Allah. Ya Allah, janganlah kau berpaling dariku. Tiada daya upayaku melainkan dengan kehendakmu ya Allah.....

Ya Allah, dengarlah rintihan hatiku dikala malam sunyi ini......dengarkan ya Allah...dengarkan dan hulurkan rahmatmu padaku ya Allah.....

Aku mohon keampunan darimu yang maha mengasihi buat dosa-doasa yang telah hamba lakukan. Bersihkanlah diriku dari dosa-dosa lalu dan yang akan datang, Berilah pengampunan dan terimalah ibadahku ya Allah.

Kepadamu ku bermohon, kepadamu aku meminta. Kau yang maha mengetahui, mengasihi dan maha pengampun. Ameen...Ameen...Ammen Ya rabbulalamin.......

Coretan yg ketinggalan masa

Banyak ya g berlaku akhir-akhir ini termasuklah problem dengan broadband - problem tak bebayar....downlah buat beberapa hari.

Akhirnya Allah memberikan ruang untuk membuat pembayaran. Alhamdulillah akan berfungsi buat beberapa waktu lagi..........

Namun masalah lain masih lagi banyak, bil air - mujur sebagai rakyat selangor bil air tak payah berbayar, namun letrik dalam RM80-00 sebulan dah 3 bulan belum jelas....harus dijelaskan biarpun sebulan sahaja buat ketika ini....gas memasak, beras, minyak, gula, tepung................aduhhh...............kalau dah dibilang-bilang tak ketahuan jadinya........, oleh itu habis ikhtiar, hanya pada Allah aku berserah kerana dia berjanji dan dia memang tak pernah mungkir janji...Ya, Allah hanya padamu kupohonkan pertolongan........

Sesungguhnya dugaan dikala susah agaknya lebih mudah dari dugaan kaya-raya kerana dengan susah kita sentiasa teringatkan Allah dan memohon serta meminta juga mengharapkan bantuan Allah, namun jika kita kaya, kita lupa padaNya seolah-olah kekayaan itu tidak datang dariNya, lupa hingga mengabaikan tanggung-jawap sebagai seorang hamba......... Kan payah tu......rasanya aku lebih redha diduga begini dari diduga dengan kekayaan hingga melalaikan tanggungjawap kepada Allah - tak mahu aku begitu....

Ya Allah, padamu kupohon pertolongan, padamu kupohon keampunan, rahmati dan berkati kami sekeluarga dan peliharalah keimanan kami padamu setiap masa. Ameen

Saturday, May 23, 2009

Apa lagi yang dicari? Apa lagi yang nak diminta? Dah tak tau nak cakap macamana. Dah tak dapat nak pikir apa-apa lagi......berserah ajelah ....

Sampai satu ketika terasa terlalu malu nak mintak sebab mintak pun tak dapat atau tak diberi lagi, jadi macamana nak terus mintak....aduh...kalau tak mintak dikata sombong, bila mintak tak dapat-dapat........entahlah.....

Pening.....anan feninglah...!!!

Thursday, May 21, 2009

Hanya padaMu

Masa makin pendek. Tarikh berangkat makin hampir namun target belum tercapai lagi.....macamana ni?

Ya, Allah, sesungguhnya aku pasrah padaMu, tiada upayaku tanpa pertolongan dariMu. Ya Allah, sesungguhnya kau tau mana yang baik dan mana yang buruk buatku. Berilah aku kekuatan dan bantuanmu ya Allah. Hanya paduMu aku mengharap dan mohon Pertolongan. Ameen

Infak

Salam

Selalu benar saya meminta-minta, memohon, mengajak kekawan, kenalan, saudaramara, sahabat handai agar memberi kepada mereka yang memerlukan atau kepada mereka yang kita fikirkan memerlukannya sehingga pada satu saya terfikir.....................

Apa yang kita mahu lihat dari pemberian kita tadi? Penggunaan ke tahap optimum? Penjagaan yang baik dari sipenerima? Apa?

Bagaimana perasaan kita jika kita lihat pemberian kita itu tidak dijaga dengan cermat, dibiar berhujan berpanas bagai tidak dihargai. Apa perasaan kita? marah?, sedih? kecewa? serik nak menderma/menyumbang lagi.......? Apa?

Mari kita kongsikan pendapat bersama.

Monday, May 18, 2009

Tak Tidur Lagi? Angan-angan Tinggi.....

Benarkah sibuk atau buat-buat sibuk? Entahlah.....

2 malam sudah, tak tidur sampai ke pagi.....semalam tidur jam 2.30 pagi, malam ni? Entah - penat/mengantuk nanti tidurlah.....Tak tidur buat ape?.tak de ape-ape..baca novel aje........

Plan nak ke Bkt Tinggi hujung minggu ni tapi tak jadilah pulak, tiket melambung-lambung - lepas cuti sekolah kot..................kesian si Shah dan isteri.... Takpe Shah, kita merancang, Allah tentukan. Nanti akan cari date yg sesuai pulak yea......

Kat Bkt Tinggi ni kita mengenali susur galur keturunan YamTuan Besar Negeri Sembilan. Di Bkt Tinggi ada bandar kembar Seremban. Ada Pagar Ruyong dan Rumah Gadang.

Ada raja yang pakaiannya serba putih dan ada raja yang pakaiannya serba kuning. Ada adat pepatih ada adat temenggung.

Nak tau lebih lanjut jom ikut saya ke Bkt Tinggi - mengenali susur galur Pepatih dan Temenggung selain dari shopping sakan........

Sunday, May 10, 2009

Terima kasih Anak-anak

Terima Kasih Anak-Anak.

Maafkanlah mak
jika mak bukan mak idaman kamu.

Maafkan Mak
Mak tak pernah pergi sekolah belajar ilmu macamana nak berkelakuan bagai seorang ibu, kadangkala kata-kata mak menyakitkan hati kamu, kelakuan mak memalukan kamu.

Maafkan mak, anak-anakku
Muga nanti kamu akan jadi ayah-ibu yang sempurna untuk anak-anak kamu disatu hari nanti.

Maafkan mak anak-anakku
namun doa mak tetap mengiringi kamu
muga kamu mendapat kebahagian didunia dan akhirat
berjaya dalam kehidupan

Anak-Anakku. Terima Kasih kerana pernah membahagiakan ku
terima kasih kerana memenuhi kehidupanku
Terima Kasih kerana menjadi anak-anakku

Aku bangga denganmu anak-anakku.

Selamat Hari Ibu

Tuesday, May 5, 2009

Rezeki di tangan Allah

Wah...dah lama tak menulis rupanya...

..............sibuk dengan business hamster. Alhamdulillah setakat ni dah dapat hantar 6 ekor, ada banyak order lagi yang belum dapat dihantar kerana beberapa masalah seperti masa, tempat...aduh...kalaulah boleh main pos-poskan senang :D.

Apa-apa pun perlu cari business yang lain bagi menampung kehidupan yang nakin menyempit ni. Duit rumah dah 2 bulan tak bayar, bil letrik pun sama, broadband lagi...nasib baiklah air tak kena bayar sebab bawah RM12-00 alhamdulillah.

Nak buat business ape yea? Sekarang ni adalah beberapa pasang baju kebaya sulam dari Bukit Tinggi, masalahnya pasaran dan saingan terlalu hebat sampai naik takut pulak nak berniaga ni...walaupun rezeki masing-masing tapikan kalau boleh tak naklah ganggu business orang lain pulak.......

Apa-apapun kena jugalah mencari dibumi allah yang luas ni.......

Monday, April 27, 2009

Subahanallah - Alhamdulillah

Hemmm...hari ini agak membosankan. Bangun, tido, bangun, makan tido, mengalahkan hamster pulak yang tidor bergelempangan dalam sangkar kat depan tu.

Tetiba terima message dari Pay Ya, mengadu kat dia cakap kebosanan tahap maksima. Dia jawap, bawa-bawak mengaji atau mentelaah kitab........dush.......kena sebiji......betul jugak apa dia cakap tapi hari ni macam cpu tak boleh proses langsung.............

Tetiba lepas asar abang kata, I ada dua buku ni, sama penulisnya tapi tak tahu i ada buku ni pun. Cuba u tengok........jawap: alah bukan buku abang pun, i punya ke, sesapa kasi tu........ tapi duduk jugak ambik buku tu......rasa-rasanya buku ni mak bagi...ambik kat umah mak ni.......

Masyallah, dimuka pertama buku - tertulis "Iqrak bis mi....................." Subahanallah sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha mengasihi. Cuba kaitkan perenggan ini dengan perenggan 2 diatas. Adakah ini yang Allah hendak aku lakukan? Menyediakan dan menyiapkan diri untuk sesuatu yang aku sendiri tak pasti?

Dilain posting akan tu petik ayat-ayat buku tersebut untuk jadi panduan semua. Muga Allah akan merahmati penulis tersebut.

Sebelum magrib kami dapati kami mempunyai 3 buah buku yang penulisnya adalah penulis yang sama dan semuanya tentang ibadah...........

Maha Suci Allah, Segala puji2an untuk mu.............

Thursday, April 23, 2009

Kenapa Yea?

Salam

Kenapa gambar saya sepatutnya di profile diletakkan bunga bakawali? Kenapa bunga bakawali tidak bunga-bunga lain?

(i) pokok jenis batangan yang menjalar - kata orang boleh buat ubat dan rasanya amat pahit
(ii) berbunga hanya pada waktu-waktu tertentu dan kembang waktu tengah malam aje - sukar nak jumpa dan unik tak gitu?

so, ibaratkan saya bagai bunga bakawali itu - hanya waktu tertentu, orang tertentu saja yang dapat bersua dan mengenali saya secara intim.

Sombongkah saya? rasanya tidak krn batangan yang menjalar dia akan menjalar kemana saja tak kira tanah orang ke, rumah orang ke, pokok orang ke......janji dia menjalar terus...:D

Dah tak pelik lagi kan?

oK, ............c u next time....

Saturday, April 18, 2009

Bukan mengeluh sekadar meluahkan perasaan saja...........

Entahlah.......ada anak bolehlah tahan ramainya, lelaki semua lagi tapi............bila memerlukan sapa pun tak de masa untuk kita. Semua orang sibuk, ada haluan dan masalah sendiri namun bagaimana ia.....................?

Hidupku perlu diteruskan jua, harus mengatur langkah menghadapi semua, tapi mampukah aku mengharunginya seorang diri? Sanggupkah aku terus begini?? Bagaimana harus aku mula? Oooh.........tuhan...................pada siapa harus aku mengadu jika bukan padamu? Bagaimana harus aku keluar dari permasalahan ini?

Berilah aku petunjuk ya Allah, sebaik cara mengatasi masalah ini, jangan ada yang terluka, jangan ada yang kecil hati.....yang pasti hidup mesti diteruskan jua....................

Wednesday, April 15, 2009

Namun Kupunya Hati

Salam

Tak sangka sungguh busuknya hati-hati melayu yang keja kat...................., ialah mungkin KPI merekakan?. Mereka hanya menjalankan tugas aje..........pegi dah................sia2 aje akal anugerah Allah kalau tak bisa berpikir............serupa lembu jugak.......!!!

Bukan ape, dah diperjelaskan dah diberitau yg duit dalam akaun tu bukan duit aku tapi tetap juga mereka block akaun dan debit duit tu hingga tinggal RM1-00 dalam buku....cubalah hampa bayangkan betapa sakitnya hati aku.......Dalam hati aku berdoa agar ...............lingkup, rugi sampai kena tutup company, biar diaorang rasa pulak macamana rasa kalau tak de keja, tak de duit, etc.................. Muga Allah akan makbulkan doa aku tu..................

Walaupun doa aku tu aku rasa kejam tapi bagaimana nak beritahu mereka penderitan/kesusahan yang aku tanggung kalau mereka tak rasa sendiri.........Muga Allah yang maha pemurah dan yang tak pernah mungkir janji tu tunaikan permintaan aku yang ini walaupun banyak lagi permintaan-permintaan aku yang lain........

Sesungguhnya kehidupan yang agak sukar pada waktu ini..................

Wednesday, April 8, 2009

Cari kerja..............nak cari kerja.........nak cari.....

Allah Hu Akbar!

Sesak nafas, terasa amat sakit kepala memikirkan. Entah dimana, entah bila, entah masih ada peluang lagi tak..? aduhh................pening...pening.................simpanan makin susut, yang masuk tak de lagi......................

Hallo kekawan! Ada sapa-sapa boleh bantu saya ni? Dah 8 bulan tak kerja ni. Dah lapan bulan tak de duit gaji masukkk........dapur harus berasap juga, api air kena bayar juga...budak sekolah lagi......kalau ulat tak pe juga, ni manusia.......ada anak, ada emak..................

Ya Allah, sesungguhnya aku malu nak memohon padamu namun apakan dayaku.........berilah aku kelapangan dan jalan keluar dari masalah yang membelenggui diriku dan keluargaku ini. Terlalu banyak rahmat dan nikmat yang telah engkau berikan kepada kami namun kami masih lagi meminta-minta....ya allah, tiada daya upaya kami melainkan dengan izinMu jua....

Thursday, April 2, 2009

salam

Bagi yang berkesempatan menatap blog ini, diucapkan ribuan terima kasih dan disempatan ini saya menyusun jari sepuloh mohon kemaafan jika dengan secara sedar atau tidak telah mengguris dan melukakan hati anda diluar sana. Memang saya tidak terniat sedemikian namun persepsi orang tidak dapat kita bacakan................mungkin intonasi membacanya lain dari intonasi menulisnya jadi itulah kesan sampingannya. Sekali lagi saya mohon kemaafan.

Hari ini genap 2 minggu ayah meninggalkan kami. Tak larat rasa badan nak mengulang ke rumah mak. Harap-harap mak faham......................hati mula sayu, perasaan mula bergetar dan pada bila-bila masa saja airmata boleh mengalir............kesian mak...............Namun hidup perlu diteruskan samada suka atau tidak selagi belum dipanggil pulang oleh pencipta yang berhak keatas kita............

Sabarlah mak, kita pasti akan menyusuli ayah, cuma bila tu yang tak pasti.....................Muga allah mencurahkan rahmat keatas roh ayah dan meletakkan roh beliau dikalangan orang-orang yang menerima rahmat Allah. Ameen.

Monday, March 23, 2009

19 March 2009

19 March 2009
2.30am

Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 79 tahun. Pada jarak 6 bulan setelah pemergian abangnya...................

Setelah 50 tahun bersama kini ayah pergi meninggalkan mak kesorangan. Pergi meninggalkan kami semua. Pergi menyahut panggilan ilahi. Walaupun pemergiannya memang dijangka namun sedihnya tetap ada. Beliau yang pergi dah selamat menemui penciptanya dan kami pasti akan menyusul, namun bila?

Dalam kematian ayah tetap meninggalkan ilmu pada yang hidup. Kematiannya dimanafaatkan dengan memberikan peluang pada anak dan cucu belajar ilmu menguruskan jenazah - memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan.

Ayah, hingga diakhir hayatmu, kau masih terus melaksanakan tanggungjawab seorang bapa dan datuk. Muga ilmu yang diajar dapat dimanafaatkan agar jariahnya berpanjangan buat ayah.

Selamat jalan ayah, itu ucapan terakhir buat ayah. pemergian ayah aku redhakan walaupun bukan aku dambakan. Ya Allah, cucuri rahmat keatas roh beliau, rahmati dan tempatkan ia ditempat mereka-mereka yang menerima rahmatmu. Ampuni dosa-dosa beliau dan kasihani beliau bagai beliau mengasihani aku semasa aku kecil. Ameen. Ameen. Ameen

Thursday, March 12, 2009

Sudah sunnah orang berjuang,
Mengembara dan Berkelana,
Miskin dan Papa jadi Tradisi,
Berenggang dengan anak dan Isteri....


jangan takut jatuh,kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. jangan
takut gagal kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah. jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah kedua* - HAMKA

Dalam kesepian duduk sesorang ni, teringat kat quote diatas yang dipetik dari nukilan sahabat2 di group.........si Tembun ni tak balik pulak malam ni, g tidur ngan abang-abang dia. Dia pesan tadi "malam ni, jangan pesta lebih-lebih".............

Alahai anak omak, pesta aponya? den tinggal sesorang ni ha.......layan internet ajolah........

:D dan mak ada 12 buku (e-book) yg belum habis dibaca lagi sayangg....

Sunday, March 8, 2009

NAMUN KUPUNYA HATI

Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Happy birthday to you :D

Hari semalam dan hari ini banyak dapat gambar-gambar yang menyakitkan hati dan perasaan. Boleh kena penyakit barah hati kalau dipendam lama-lama.

Belumpun selesai lagi kes di Perak, Sultan Selangor baru aje bertitah dan diforum-forum terlalu banyak yang diperbincangkan - bincang apa?

Semua tajuk menjurus kepada satu perkataan - iaitu "Melayu". Yang dimaki dan yang kena maki adalah "melayu". So sekarang siapa yang bela nasib melayu bila melayu bercakaran sesama melayu? Kalau sungguh melayu membela nasib melayu kenapa kerajaan melayu islam di kelantan hendak diguling? Kenapa Pulau Pinang di perintah oleh Gerakan biarpun parti Melayu yang menang?

Cakap tak serupa bikin. Ku menadah tangan mohon kepada Allah biarlah penduduk melayu di tanah melayu ni sedar siapa yang sebenarnya musuh melayu................

Thursday, February 12, 2009

Cetusan Rasa

Tiap-tiap hari didengari dimana saja semua membincangkan, bercakap pasal merudumnya ekonomi dunia dan pastinya kini semua orang tahu bahawa ekonomi merudum, pekerja dibuang kerja, peniaga kehilangan pencarian, harga getah/kelapa sawit turun, tambang dan barangan makanan naik terus-terusan ditambah dengan lain-lain bayaran perkhidmatan seperti ubat-ubatan dan charges bank yang terus-terus naik......kena bayarlah kalau menggunakan khidmatnya...........

wahai orang bijak pandai, kami tahulah yang ekonomi merudum, kamu tahulah kilang terpaksa tutup, tak payahlah nak ulang-ulang pekara tu, kerana kami sedar dan tahu yang memang itu sedang malanda dunia ini. Apa yang kami mahu ialah untuk anda semua memberi jalan bagaimana kami harus hidup pada ketika ini dengan hilangnya punca pendapatan dan hutang yang perlu dibayar..........

sepatutnya anda semua berfikir bagaimana mau membantu kami pada ketika ini - bagaimana caranya kami boleh melangsaikan hutang, bayar bas sekolah, makan, sewa rumah dll......

sebagai contoh - mungkin boleh digubal undang-undang sementara dimana bayaran ansuran kereta/rumah boleh di tangguhkan selama 1 tahun sementara menanti ekonomi pulih semula begitu juga dengan hutang-hutang kredit kad dll, mungkin lakukan restructure pinjaman dimana hanya bayar interest saja selama 1 tahun, benarkan pengeluaran wang epf (bagi mereka yang ada) untuk menjelaskan hutang-hutang sedia ade..................

kalau disaman dan dibawa kemahkamah sekalipun tak de maknanya kerana bagi orang yang tiada kerja setelah diberhentikan dan dengan tanggung hutang yang mencecah ratusan ribu ringgit, pasrah saja kalau nak ambik tindakan mahkamah. Kalau dah tak berduit nak bayar camna? Paling kuatpun kena penjara - boleh makan free.......rasanya memang tak sesuai keadaan sekarang ni.....lawyer pun 10-00 atau 20-00 pun nak mintak dengan peminjam.......

ada banyak benda kerajaan boleh lakukan jika mahu bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan sekarang ini........

fikir-fikirkanlah

Monday, February 9, 2009

salam buat semua yg singgah ke sini.............

Tiada apa-apa yg istemewa disini hanya akan data paparan rasa hati yang diluahkan kepapan kekunci untuk dikongsi bersama yang sudi.....................

Dalam kehidupan ini, banyak yang telah dilalui namun rasanya masih banyak lagi yang belum diketahui maupun ditemui maupun dipelajari. Makin belajar terasa makin banyak benda yang tidak diketahui, yang menjadi mystery. Nak percaya pun susah, tak percaya pun susah..........

Dikalangan keluarga, sahabat dan taulan, kini banyak sungguh kisah-kisah ala-ala puaka niyang rapik berluasa.......tak percaya macam terpaksa percaya pula.bingung dibuatnya.......

Ada sesiapa diluar sana yang boleh berikan penjelasan saintifik mengenai pekara diatas?

Sunday, January 4, 2009

PANGSENAM: Buah mencepu...

PANGSENAM: Buah mencepu...

Tengok gambar tu terus teringat masa kecik2 dulu, masa tingal ngan nenek, masa sekolah.................

Kini hanya tingal kenangan. Tkasih kerana mengembalikan kenangan silamku......rasa rinduku........