Mlm kelmarin rumah ku dikunjungi oleh seorang ibu bersama 2 anaknya. Kami saling tidak mengenal antara satu sama lain. Dia baru berpindah ke Taman perumahan tempat tinggal kami dalam tempoh 2 minggu. Beliau menumpang tinggal bersama sebuah keluarga yang terdiri daripada 16 kanak-kanak (berusia antara 12 tahun hingga 5 bulan) dan 5 orang dewasa tinggal disebuah apartment 3 bilik (rumah atas kedai).
Anak-anak beliau berusia 10 - 13 tahun, 2 lelaki dan seorang perempuan. Semua tidak bersekolah. Tak makan dari pagi. 2 anak lelaki beliau bekerja sebagai pencuci pinggan dan pencuci kereta di kedai berhampiran. Beliau tidak mampu bekerja kerana masalah kesihatan. Beliau lahir pada tahun 1968 dan bersekolah hingga darjah 6 sahaja.
Kami mengeluarkan bantuan segera:-
(i) Beras 10 kilo
(ii) gula 1 kilo
(iii) tepong 2 kilo
(iv) sardin 1 tin
(v) susu 1 tin
(vi) telur 10 biji
(vii) teh uncang
(viii) maggi
Lepas makan, mereka pulang dengan keberatan. Tak lama selepas itu dtg 3 org kanak-kanak yg terdiri dari 2 anak ibu tadi (yg tadi tak ikut sbb kerja) dan seorang anak keluarga yg beliau tumpang - "pak cik, mak nak pinjam RM30-00 nak g hospital esok" - saya tanya " kamu dah makan?" "belum", "masuk makan dulu"
Pak Hamid (Siak surau as-salam) hulur RM25-00 sebelum anak-anak itu pulang.....
-------------------------------------------------------------------------------------
Ptg kejadian itu saya menerima panggilan talipon dari seorang kawan yg menghadiahkan RM100-00 kepada saya.
Malam tadi, seorang sahabat mengajak kami sekeluarga keluar makan di Tanjung Harapan.
Relatekanlah ke3-3 kejadian ini dan fikir-fikirkan.....................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment