Mana lebih Afdal?
Abu An-Nasr At-Tammar bercerita tentang seorang lelaki yg datang untuk mengucapkan selamat kpd Bishr ibn Al-Harith sebelum berangkat menunaikan haji.
Lelaki itu berkata: Aku akan pergi menunaikan haji, apakah arahan tuan padaku.
Bishr bertanya: Berapa banyak wang yg telah kamu sediakan untuk perbelanjaan Haji? Lelaki itu menjawab 2 ribu dinar. Apa yg kau harap dari kerja hajimu ini? rahmat allah jawab lelaki tersebut.
Bishr berkata jika engkau dapat menikmati rahmat allah tanpa meninggalkan negaramu dan berbelanja 2 ribu dinar dng pastinya mendapat rahmat allah, mahukah kamu? Mahu jawab lelaki tersebut.
Bishr berkata pergi dan berilah wang tersebut kpd 10 orang seperti orang yg berhutang untuk membayar hutangnya, simiskin agar dapat memperbaiki kehidupannya, ketua keluarga agar dapat menampung kehidupan sebaiknya dan pembela anak yatim agar anak yatim itu gembira. Jika kamu merasakan kekuatan untuk memberikan wang tersebut hanya pada seorang, lakukan kerana menggembirakan hati saudara muslim kita, meringankan bebanan orang yg memerlukan /yang lemah adalah lebihbaik dari mengerjakan haji seribu kali elepas haji wajib. Bangunlah dan gunakan wang itu untuk kebajikan seperti mana yg diberitahu. (Al-Ghazali in Ihya" Ulum Ad-Din, Vol 3 Pg 397)
sumber: islamonline.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment