Wednesday, January 13, 2010

Cikgu-Cikgi dan Kementerian pelajaran jangan mare yea............

Mari dengar cerita ini.

Sebagai badan yang kerjanya "mengajar" selayaknya mesti lebih terrer le dari orang yang bukan dalam bidang ni, tapi apa yang dilalui tadi benar-benar menunjukan apa yang kawan saya cakap satu masa dulu adalah benar.

Sebelum tu, cikgu-cikgi jangan marah. Cerita ini tiada kena mengena dengan anda tapi hanya ditujukan khas untuk segelintir yang makan cili dialah rasa pedasnya atau yang makan nangka yang akan kena getahnya (mana boleh org lain makan org lain kena getahnya...menganiya namanya tu....)

(i) PIBG lebih berkuasa dari Kementerian pelajaran?

Mana tidaknya, "derma" (yg sebenarnya paksa) sebanyak RM30-00 adalah wajib dibayar - tidak boleh tidak sedang PIBG tu persatuan IBUbapa dan guru tapi guru tak boleh waive payment tanpa consent PIBG? Sikit punya celaka ke?

Saya nak tahu le, apa yang PIBG buat dan apa peranannya dan duit tu buat apa? RM30-00 seorang, kalau 1 sekolah 5,000 orang (sessi pagi/ptg)? ooo.......nak buat tution untuk budak2 yg ambik pereksa - tution kena bayar beb.....meeting PIBG pun kena sumbang, tak masuk mintak derma buat gajah susur, perpustakaandan lain-lain lagi.................

Nampaknya lain-lain yuran lebih tinggi dari yuran yang kena bayar kat kementerian pelajaran lagi........ada PIBG paksa budak2 beli buku kat sekolah (dng logo sekolah) sbb kedai buku koperasi atau PIBG ada kepentingan. Kalau kat luar buku tulis 80m/s berharga 60 sen tapi disekolah harganya RM1.00. saya tak nak beli. Berapa banyak saya boleh jimat tu?

Beli buku kat book shop kat luar ada potongan harga antara 15-30 peratus tapi kalau beli kat kedai sekolah kena bayar harga penuh. Sekupang pun tak boleh kurang......

Memang lebih sudu dari kuah..........................

(ii) Insuran RM1.50 sekepala setiap tahun

Siapa pernah tuntut insuran ni? 5,000 x 1.50 = berapa. Mana duit ni pergi. Bila berlaku kemalangan disekolah atau ada murid yang sakit, pihak sekolah akan hubungi ibubapa untuk "arahan" selanjutnya bukan nak hantar budak pergi hospital or klinik dulu........bukan semua ibubapa terdiri dari orang yang berkereta dan tinggal berhampiran sekolah.

Sekolah boleh ada kerani, tukang kebun, 2 pengetua tapi jururawat tak boleh nak adakan. Boleh ada bilik aktiviti guru tapi bilik sakit tak diadakan. Kalu yeapun kementerian beri arahan untuk tidak beri panadol pada murid, tapi sebagai manusia tak kanlah bertanya khabar, beri air minum atau minyak angin pun tak boleh. Duduk ngan budak sementara ibubapa datang.Sia-sia aje allah bagi akal sampaikan pekara macam tu pun nak kena ikut arahan bulat-bulat. Mungkin kementerian perlu beri arahan lebih specific lagi.

Kes yang disaksikan hari ini memang membuatkan saya begitu marah dan sampai tahap mengalirkan airmata.

Kuda kayu punya cikgu..................! saya mendoakan agar allah beri dia pengajaran yang setimpal. Amin

No comments: