Monday, March 23, 2009

19 March 2009

19 March 2009
2.30am

Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 79 tahun. Pada jarak 6 bulan setelah pemergian abangnya...................

Setelah 50 tahun bersama kini ayah pergi meninggalkan mak kesorangan. Pergi meninggalkan kami semua. Pergi menyahut panggilan ilahi. Walaupun pemergiannya memang dijangka namun sedihnya tetap ada. Beliau yang pergi dah selamat menemui penciptanya dan kami pasti akan menyusul, namun bila?

Dalam kematian ayah tetap meninggalkan ilmu pada yang hidup. Kematiannya dimanafaatkan dengan memberikan peluang pada anak dan cucu belajar ilmu menguruskan jenazah - memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan.

Ayah, hingga diakhir hayatmu, kau masih terus melaksanakan tanggungjawab seorang bapa dan datuk. Muga ilmu yang diajar dapat dimanafaatkan agar jariahnya berpanjangan buat ayah.

Selamat jalan ayah, itu ucapan terakhir buat ayah. pemergian ayah aku redhakan walaupun bukan aku dambakan. Ya Allah, cucuri rahmat keatas roh beliau, rahmati dan tempatkan ia ditempat mereka-mereka yang menerima rahmatmu. Ampuni dosa-dosa beliau dan kasihani beliau bagai beliau mengasihani aku semasa aku kecil. Ameen. Ameen. Ameen

No comments: