Thursday, December 9, 2010
Selamat Berangkat Wahai Sahabatku, Muga mendapat apa yg dicari
Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa, hilang dimata tapi dihati tetap tak lupa, berdoalah kita agar aman dan sentosa muga jumpa lagi dilain masa.
Andai disepanjang persahabatan kita ada kata yg melukakan ada kata menyebabkan sengketa, maaf dipohon dari sudut hati yg paling dalam - jangan bersedih muga allah temukan kita disatu hari nanti................
Sebuah Perjalanan
Itulah ungkapan yg dapat menggambarkan sebuah perjalanan yg baru kulalui beberapa hari dahulu.
Kalau letih, bagaimana? tak seronok kah? erm.....bukan tak seronok tapi disebabkan beberapa peristiwa yg bagai tidak merestui perjalanan ini menyebabkan terasa keletihan biarpun ada waktu-waktu yg menyeronokkan.....
Harus ada pengajaran dari peristiwa2 yg berlaku disepanjang sebuah perjalanan yg baru kutempuhi ini.....apapun jauh berjalan luas pengalaman.....
Sunday, November 21, 2010
Falsafah Korban - Refer Surah Al-Hajj
Daging Korban dibahagi kpd 3 pembahagian, buka surah al hajj (ayat 30...lupa dah) yang bermaksud: bagi orang yang berkorban, pesan Allah, makanlah oleh kamu, berilah orang yang meminta2 (fakir/miskin) dan orang yang tidak meminta2 (jiran/saudara mara/ahli keluarga/) - contoh:-
kira mudahlah - yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah daging sahaja (bukan tulang, perut, kepala dll), jadi jika lembu dah keluarkan dagingnya ada 60kg, 20kg beri kepada fakir miskin, 20 kg beri kepada orang yang tidak meminta2, dan 20 kg milik tuan yg buat korban. Inilah yang paling minimum pembahagiannya.sebaiknya,org yg berkorban ambik sikit, aja yang lain beri kpd fakir miskin dan orang yang tidak meminta2.(tukang agih/tukang lapah/tukang pegang kaki lembu) dll dikira sebagai orang yg berhak terima - golongan yg tak meminta2 tetapi jika dia mampu membeli, dia adalah orang yg terakhir terima selepas semua keperluan fakir miskin dipenuhi.
maksud korban bukan semata2 orang yang berkorban lembu tu..
pengertian korban dengan lebih luas lagi ialah:-
kedua orang yang menolong (tetapi tak buat korban) kena sanggup menerima keadaan bahawa ada kalanya dia sendiri tidak dapat daging...dia kena datang tolong atas dasar ingin korban tenaga, masa dan lain-lain
tapi biasanya...budaya kita, ialah bila yang menolong tu (biasanya orang yg berkemampuan)bila dia tak dapat daging, dia balik dng muka masam - jadi falsafah korban itu tidak sampai kepada dia.
fikir2kan
Thursday, November 18, 2010
Apa peranan bunga telur dalam perkahwinan melayu
Walaupun kini bunga telur tidak lagi menjadi keutamaan sesebuah majlis kerana dipandang sepi dan kini diganti dengan bag-bag kecil dengan berbagai cenderahati dan makanan ringan kerana dianggap budaya lama dan ketinggalan zaman.
Hari ini, aku baru tahu mengapa bunga telur itu perlu ada dalam sesebuah majlis perkahwinan itu dan mengapa kita harus mengekalkan budaya ini. Apakah peranan telur dan apakah falsafah yang dibawa oleh telur itu........?
Telur bukan sebarang telur, dari telur menjadi ayam, dari ayam akan bertelur lagi, menetas dan membiak.....so, jgn anggap bunga telur itu sekadar hiasan tapi hayatilah falsafah disebalik pemberian telur tadi......
Peranan bunga telur sama pentingnya dengan dengan bekas sirih.......
Fikir2kan
Monday, November 1, 2010
Doaku dipagi ini
Sunday, October 31, 2010
Tkasih sahabat: SRM
Tazkirah: Nabi Isa a.s. berkata kepada sepupunya Nabi Yahya a.s.: Saya akan mengajar kamu satu ilmu yang berguna iaitu jangan marah.
Nabi Yahya a.s. bertanya: Bagaimana saya tidak akn marah? Nabi Isa a.s. berkata: Bila ada orang yang mengatakan kesalahan kamu, maka katakan itu memang dosa saya tetapi saya tidak ingat dan kerananya saya memohon ampunan daripada Allah SWT. Dan jika ada orang mengatakan suatu perkara yang tidak dilakukanmu, maka bersyukurlah kepada Allah kerana orang tersebut telah membuat kebaikan kepadamu dengan menghinamu."
Tkasih Sahabat. Izinkan saya share tazkirah ini muga ada yg mendpt manaafatnya selain saya.
Jazakallahukhiran Katira............
Saturday, October 30, 2010
Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran
Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran
By: agussyafii
Cara mudah belajar membaca Al-Qur'an itu secara garis besar seseorang
harus menguasai 5 hal berikut:
1. Menguasai huruf hijaiyyah yang berjumlah 28 huruf berikut
makharijul hurufnya. Hal ini dikarenakan untuk bisa membaca Al-Qur'an,
90 % ditentukan oleh penguasaan huruf hijaiyyah dan selebihnya 10 %
lagi sisanya seperti tanda baca, hukum dan lain–lain. Namun saat ini
metode menghafal huruf hijaiyyah 28 huruf dapat dilakukan lebih cepat
seperti menggunakan metode titian kata, tanda bentuk, dan sebagainya).
2. Menguasai tanda baca (a, I, u atau disebut fathah, kasrah, dan
dhommah). Tanda baca di dalam huruf hijaiyyah ternyata sama dengan
cara kita mengeja huruf latin dengan istilah vocal (huruf hidup).
Hanya perbedaannya di dalam huruf Arab Cuma mengenal vocal A, O, I,
dan U, sedangkan huruf latin terdapat vocal E. jika di huruf latin
huruf B bertemu dengan U menjadi BU, maka sama juga dengan huruf Arab,
Ba' sama dengan huruf B jika bertemu tanda Baca U (dhommah) maka
dibaca BU.
3. Menguasai isyarat baca seperti panjang, pendek, dobel (tasydid),
dan seterusnya. Isyarat baca panjang dan pendek Al-Qur'an sama juga
seperti kita mengenal ketukan di dalam tanda lagu. Karena Al-Qur'an
juga mengandung unsur irama lagu yang indah.
4. Menguasai hukum-hukum tajwid seperti cara baca dengung, samar,
jelas dan sebagainya. Begitu pula tidak ada kesulitan dalam belajar
tajwid karena sudah ditemukan formulasinya seperti cukup menghafal
tanda dan cara bacanya, bahkan kalau tidak ingin repot sudah disusun
Al-Qur'an plus tajwid menggunakan tanda warna-warni bagi mereka yang
belum bisa. Latihan yang istiqamah dengan seorang guru yang ahli. Di
dalam membaca al-Qur'an, setiap Qori' (pembaca Al-Qur'an) harus
membacanya sesuai dengan hukum tajwid seperti makharijul huruf (tempat
keluarnya huruf), tanda baca, panjang pendek, hukum nun mati dengung,
samar, jelas dan sebagainya. Selain itu di dalam membaca Al-Qur'an
terdapat dua irama yaitu murattal (membaca perlahan-lahan tanpa
menggunakan irama lagu) dan tilawah atau nagham yaitu membaca
menggunakan irama tertentu.
Selamat mencoba...
