Monday, November 1, 2010

Doaku dipagi ini

Ya Allah Ya Tuhanku, engkau yang Maha Mengasihani dan Maha pemurah, engkau terimalah ibadat kami, rahmatilah kami dan keluarga kami, ampunilah dosa kedua ibubapa serta mereka-mereka yg telah pergi terdahulu dari kami, kasihani mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kecil. Ya Allah,Ya Rabb, tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganmu, bimbinglah kami kejalan yang engkau redhai dan janganlah dipalingkan hati kami setelah kami beriman..ameen

Sunday, October 31, 2010

Tkasih sahabat: SRM

Aku berlindung dari syaitan yg direjam.

Tazkirah: Nabi Isa a.s. berkata kepada sepupunya Nabi Yahya a.s.: Saya akan mengajar kamu satu ilmu yang berguna iaitu jangan marah.

Nabi Yahya a.s. bertanya: Bagaimana saya tidak akn marah? Nabi Isa a.s. berkata: Bila ada orang yang mengatakan kesalahan kamu, maka katakan itu memang dosa saya tetapi saya tidak ingat dan kerananya saya memohon ampunan daripada Allah SWT. Dan jika ada orang mengatakan suatu perkara yang tidak dilakukanmu, maka bersyukurlah kepada Allah kerana orang tersebut telah membuat kebaikan kepadamu dengan menghinamu."

Tkasih Sahabat. Izinkan saya share tazkirah ini muga ada yg mendpt manaafatnya selain saya.

Jazakallahukhiran Katira............

Saturday, October 30, 2010

Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran

Cara Mudah Belajar Membaca Al-Quran

By: agussyafii

Cara mudah belajar membaca Al-Qur'an itu secara garis besar seseorang
harus menguasai 5 hal berikut:

1. Menguasai huruf hijaiyyah yang berjumlah 28 huruf berikut
makharijul hurufnya. Hal ini dikarenakan untuk bisa membaca Al-Qur'an,
90 % ditentukan oleh penguasaan huruf hijaiyyah dan selebihnya 10 %
lagi sisanya seperti tanda baca, hukum dan lain–lain. Namun saat ini
metode menghafal huruf hijaiyyah 28 huruf dapat dilakukan lebih cepat
seperti menggunakan metode titian kata, tanda bentuk, dan sebagainya).

2. Menguasai tanda baca (a, I, u atau disebut fathah, kasrah, dan
dhommah). Tanda baca di dalam huruf hijaiyyah ternyata sama dengan
cara kita mengeja huruf latin dengan istilah vocal (huruf hidup).
Hanya perbedaannya di dalam huruf Arab Cuma mengenal vocal A, O, I,
dan U, sedangkan huruf latin terdapat vocal E. jika di huruf latin
huruf B bertemu dengan U menjadi BU, maka sama juga dengan huruf Arab,
Ba' sama dengan huruf B jika bertemu tanda Baca U (dhommah) maka
dibaca BU.

3. Menguasai isyarat baca seperti panjang, pendek, dobel (tasydid),
dan seterusnya. Isyarat baca panjang dan pendek Al-Qur'an sama juga
seperti kita mengenal ketukan di dalam tanda lagu. Karena Al-Qur'an
juga mengandung unsur irama lagu yang indah.

4. Menguasai hukum-hukum tajwid seperti cara baca dengung, samar,
jelas dan sebagainya. Begitu pula tidak ada kesulitan dalam belajar
tajwid karena sudah ditemukan formulasinya seperti cukup menghafal
tanda dan cara bacanya, bahkan kalau tidak ingin repot sudah disusun
Al-Qur'an plus tajwid menggunakan tanda warna-warni bagi mereka yang
belum bisa. Latihan yang istiqamah dengan seorang guru yang ahli. Di
dalam membaca al-Qur'an, setiap Qori' (pembaca Al-Qur'an) harus
membacanya sesuai dengan hukum tajwid seperti makharijul huruf (tempat
keluarnya huruf), tanda baca, panjang pendek, hukum nun mati dengung,
samar, jelas dan sebagainya. Selain itu di dalam membaca Al-Qur'an
terdapat dua irama yaitu murattal (membaca perlahan-lahan tanpa
menggunakan irama lagu) dan tilawah atau nagham yaitu membaca
menggunakan irama tertentu.

Selamat mencoba...

Saturday, September 25, 2010

Hujan diluar nampak lebatnya, hujan dihati siapa tahu?

Ayat diatas membawa maksud kesedihan dihati kita tiada siapa yg tahu. Ia membawa makna yang sama dengan luka ditangan nampak berdarah, luka dihati siapa tahu?

Lelaki adalah orang yang tidak akan menangis atau tidak akan menunjukkan kesedihan hatinya. Mukanya yang selamba, perangainya yg "cool" mampu menyembunyikan rasa hatinya. Mereka tidak seperti perempuan yg cepat menangis dan akan menangis atas sebab gembira, sedih, kecil hati, merajuk, jauh hati dll.

Adakah kerana mereka tidak menangis kita menyangka bahawa mereka kebal atau bakukan hati dan perasaan mereka?

fikir-fikirkan

Sunday, September 19, 2010

redha allah bergantung pada redha ibu

banyak yg dialami semasa aidil fitri ini dan banyak yang dipelajari dan difahami.

hati dan perasaan walau bagaimanapun memang susah untuk dikordinasikan dengan rasional pemikiran. Walaupun akal boleh berfikir waras namun hati dan perasaan payah untuk diajak berunding.

Anak-anak : kekadang ada tindaktanduk kita secara kita tidak sedar menguris hati ibubapa kita, maka adakah kita akan tergolong dalam kumpulan yang akan menerima laknat allah?

ibubapa: kasihani anak-anak kita, api neraka itu panas, tak tertahan azabnya oleh anak kita, selalulah mengampunkan dosa-dosa anak kita biarpun hati dan perasaan kita terhiris kerana azab allah itu benar, kasihani anak-anak kita........

isteri-isteri: suami kamu itu adalah milik ibunya sampai akhir hayat, jgn kamu menjadi sebab anak menderhaka kepada ibunya dan akan menerima azab dari allah, kasihi dia, kasihi ibubapanya.....

"redha allah pada kita bergantung kpd redha ibu kpd kita"

adakah ibubapa kta redha akan kita?

Saturday, August 21, 2010

Panduan Qunut Nazilah



selalu kita dengar orang bercakap pasai qunut nazilah. Apa ke dia qunut nazilah tu? Jom kita baca seterusnya:-

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.


Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

DOA QUNUT NAZILAH

Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


sumber :copy/paste dari abi umar. Tkasih cikgu :)

Tuesday, August 10, 2010

Nak cakap ke tak? Nak kasi tau ke tak?

ari ni cikgu dapat tangkap "red handed" 2 pelajar berselubung bawah selimut sedang cuba membuka pakaian seorang pelajar perempuan.

pelajar lelaki ni memang deketahui nakal dan sebelum ni ada beberapa kes hampir sama namun dilihat oleh guru lain dan telah diberi amaran berkali-kali. cuma hari ni yg uniknya guru dia sendiri tangkap lah...

so, nak kasi tau mak dia ke tak? susah ni...pening ana memikirkannya...harap boleh berikan pendapat......

sebolun tu nak kasi tahu lah pelajar berduo tu berumur 5 tahun....haaa...iyo...5 tahun!!!